Ke Fasa Endemik, 5 perkara penting yang wajib rakyat Malaysia ambil tahu

Ke Fasa Endemik, 5 perkara penting yang wajib rakyat Malaysia ambil tahu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.

Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini.

 Ke Fasa Endemik, 5 perkara penting yang wajib rakyat Malaysia ambil tahu

Ini lima perubahan penting yang diumumkan Ismail Sabri:

1. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam.

2. Aktiviti solat jemaah di masjid, surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

3. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus bagi aktiviti perkumpulan ramai. Had kapasiti pekerja dan majlis keramaian termasuk kenduri kahwin dimansuhkan.

4. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

5. Sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini. Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Baca:

KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

Akak Thailand ni gigih jadi ‘translator’ rungkai kes Tangmo selepas netizen Malaysia minta

Lelaki menangis hanya terima gaji RM127 je bulan ni, puas merayu dekat bos