Keadaan Mata Zahid Hamidi Menjadi Perhatian

Semalam dan hari ini bertebaran gambar Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dengan keadaan mata beliau yang kelihatan lebam. Keadaan matanya menjadi perhatian dan tanda soal pelbagai pihak.

Perbualan tersebut sudah tentu telah mengundang beberapa bentuk penghinaan keatas keadaan wajah beliau oleh seteru politiknya.

Keadaan mata Zahid sebelum ini (kiri) dan yang semasa (kanan)
Keadaan mata Zahid sebelum ini (kiri) dan yang semasa (kanan)

Dikhabarkan Zahid Hamidi sebelum ini telah mengambil cuti selama dua minggu untuk menjalani prosedur pembedahan plastik di matanya itu. Namun beliau kelihatan tampil di kaca televisyen melalui berita-berita dengan berkaca mata hitam sejak penghujung Jun 2023 yang lalu.

Video Zahid Hamidi muncul berkaca mata hitam pada 26 Jun 2023 lalu. Sumber, Astro AWANI

Menurut tulisan di facebook mantan ADUN Penawar Johor, Dr Azam Ramzan mengesahkan bahawa Zahid Hamidi baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata.

“Realitinya, DZH sedang baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata. Kesan dari pembedahan, ada sedikit bengkak di bahagian mata DZH – Ptosis dalam istilah medical dan ditambah pula ada sedikit infeksi pasca bedah” katanya.

“Walaupun mengalami kesakitan selepas pembedahan, DZH tetap memilih untuk terus berkerja. Inilah salah satu kehebatan yang dimiliki Presiden UMNO. Selagi masih mampu berdiri dan berjalan, gerak kerja terus dilaksanakan. Berkhidmat untuk rakyat terus menjadi agenda utama DZH. Walaupun mengalami kesakitan, beliau tetap tekun meneliti beberapa peruntukan yang diperlukan” kata Azam Ramzan melalui tulisan di facebooknya.

Semoga diberi kesihatan yang baik kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.