KEBETULAN? Kilang Mercun Di Thailand Dan India Meletup, 19 Nyawa Terbunuh, Malahan…

Malang tidak berbau. Dua kilang mercun meletup pada hari yang sama di dua negara berbeza, Thailand dan India. Menurut laporan, kejadian tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa selain 118 lagi tercedera.

Berdasarkan sumber, letupan di gudang mercun di selatan Thailand telah mengorbankan kira-kira 10 orang. Antaranya adalah tiga kanak-kanak selain ramai yang tercedera.

Menurut Jabatan Perhubungan Awam wilayah Narathiwat, sekurang-kurangnya 118 orang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut, manakala lebih 200 isi rumah terjejas.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kepulan asap memenuhi kawasan kejadian selain banyak kerosakan yang berlaku pada kereta serta motosikal di situ. Bumbung dan dinding beberapa juga runtuh ekoran letupan tersebut.

Menurut agensi perhubungan awam tempatan, letupan itu menyebabkan kerosakan dalam radius kira-kira 500 meter.Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana melaporkan sekitar 100 rumah penduduk rosak.

Hasil siasatan mendapati letupan itu mungkin dicetuskan oleh kerja pembinaan di dalam gudang dengan percikan api daripada kimpalan logam menyebabkan bekalan mercun yang disimpan terbakar dan meletup.

Sementara itu di India pada hari yang sama, satu letupan berlaku di sebuah kilang bunga api di Krishnagiri, negeri Tamil Nadu, selatan India. Kejadian tersebut mengorbankan sembilan orang dan mencederakan ramai mangsa.

Bagaimanapun, punca letupan masih belum diketahui.

Baca Selanjutnya :