Kehadiran pasangan raja sehari di majlis perkahwinan selalunya dinantikan oleh semua tetamu, dan penampilan mereka, termasuk pemilihan pakaian, menjadi fokus perhatian.
Baru-baru ini, seorang tetamu wanita mencuri perhatian dengan penampilannya yang serasi dengan pasangan pengantin dalam satu majlis.
Dalam video yang dikongsikan di laman sosial, wanita tersebut yang memakai baju kurung songket hitam emas kelihatan berdiri dan berbual dengan rakannya di meja makan.
Rakaman tersebut menunjukkan wanita itu bergelak ketawa dan kemudiannya fokus kepada pengantin lelaki yang bersalaman dengan tetamu di meja di belakangnya.
Klip tersebut menunjukkan pengantin lelaki pergi ke meja wanita tersebut tanpa ditemani pengantin perempuan.
Akhir sekali, video itu memaparkan gambar wanita berkenaan bersama beberapa tetamu lain dengan pasangan pengantin.
Video ini mendapat pelbagai reaksi netizen, yang kebanyakkannya kurang senang dengan tindakan wanita tersebut yang hadir ke majlis kahwin berpakaian songket seperti pengantin.
Netizen menyuarakan pendapat bahawa tindakan tersebut tidak menghormati pasangan pengantin dan boleh merosakkan mood majlis perkahwinan.
Terdapat juga penjelasan dari pemilik video yang menyatakan situasi tersebut berlaku secara kebetulan dan lucu, serta menegaskan bahawa pasangan pengantin tidak terganggu dengan kejadian tersebut.
“Dia pakai simple, cuma corak kain tu je sama,” kata pemilik video untuk menegaskan bahawa tidak ada niat untuk menenggelamkan pengantin perempuan. Video tersebut menimbulkan perbincangan tentang etika berpakaian sebagai tetamu di majlis kahwin orang lain.
Baca Juga : Kecoh rakaman Pontianak Terbang isu sampai jadi siasatan polis