SUDAH kerap kali gosip hubungan intim antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol diperkatakan atas faktor keserasian di layar perak selain keakraban mereka di luar skrin.
Lebih teruk apabila ada yang menuduh Raja Bollywood itu telah meniduri teman gandingannya biarpun masing-masing sudah berkeluarga.
Enggan melayan sebarang spekulasi, sesekali SRK berasa harus bersuara menangkis fitnah yang menggila, sekali gus menafikan tuduhan liar itu.
Memahami gosip lumrah dalam kehidupan selebriti, namun tegasnya menuduhnya meniduri aktres gandingan adalah menjijikkan.
Selain Kajol yang dianggap sebagai adik, pelakon lain yang didakwa pernah menjalin hubungan sulit dengannya ialah Juhi Chaula.
Menurut SRK, ramai wanita cantik, bijak dan berpersonaliti menarik, namun semua kriteria itu sudah dimiliki isterinya, Gauri.
“Ramai wanita mempunyai pakej lengkap, tetapi semua kelebihan itu sudah dimiliki isteri saya dan jika saya teringin menjalin hubungan gelap, takkan saya terlalu bodoh menghebahkan kepada umum,” katanya.
Baca : Kecoh tiktoker jerit kena rasuk hantu masa live, ini yang berlaku selepas itu