Kecoh gila, bekas tentera ni cerita dia dah bertemu dengan makhluk asing depan mata

Bekas pegawai tentera Amerika Syarikat, Alex Collier, menceritakan pengalamannya yang luar biasa apabila mendakwa bertemu dengan dua makhluk asing berkulit biru pada tahun 1980-an.

Menurut laporan akhbar Daily Star, Collier, yang dahulu adalah seorang juruterbang helikopter tentera, menyatakan bahawa dia di bawa ke dalam kapal angkasa oleh makhluk asing tersebut dan dipaksa memakai tali pinggang khas agar dapat berkomunikasi dengan mereka selama tiga bulan.

Semasa berada di dalam kapal angkasa, Collier mendakwa bahawa makhluk asing tersebut memberitahunya mengenai manusia dan kehidupan di seluruh alam semesta.

Kecoh gila, bekas tentera ni cerita dia dah bertemu dengan makhluk asing depan mata

Beliau turut menjelaskan bahawa makhluk asing tersebut memiliki kulit berwarna biru dan seorang ‘lelaki’ yang sangat tinggi, kira-kira 7 kaki, dengan ciri fizikal yang sempurna.

Collier merakamkan perasaannya semasa berada di atas meja pemeriksaan, menggambarkan keadaan tersebut sebagai rapat dan penuh keselesaan tanpa sebarang ketakutan.

“Waktu saya dibaringkan di atas meja, terdapat ‘lelaki’ yang sangat tinggi, kira-kira 7 kaki, dan berkulit biru dengan ciri fizikal yang sempurna. Apa yang saya boleh katakan adalah saya berasa rapat dengannya, tidak gentar, dan menyukainya serta-merta,” katanya.

Alex Collier sebelum ini juga pernah memberikan taklimat mengenai pengalamannya bertemu dengan makhluk asing di Jepun pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, sehingga kini, tidak terdapat bukti yang mengesahkan kebenaran pendedahan beliau.

Baca Juga : Biar betul, tomato harga sampai RM 15 sekilogram