KECOH! Perdana Menteri Disimbah Air Ketika Berucap Bikin Suasana Kucar-Kacir

Oleh Admin 01

Kekecohan tercetus di Parlimen Kosovo kelmarin selepas seorang anggota pembangkang menyimbah air ke arah Perdana Menteri, Albin Kurti, ketika beliau membentangkan langkah kerajaan untuk meredakan ketegangan dengan etnik Serb di utara negara itu.

Ahli Parlimen Parti Demokrat Kosovo, Mergim Lushtaku didakwa menghampiri Kurti ketika beliau sedang bercakap dan menyimbah air ke arahnya hingga mencetuskan pergaduhan.

Media tempatan berkata, pihak berkuasa terpaksa mengiringi Kurti keluar dari dewan perhimpunan berkenaan akibat kekecohan itu.
Terdahulu, Timbalannya, Besnik Bislimi turut mengoyakkan lukisan mengejek Kurti yang diberikan pembangkang kepada Perdana Menteri itu.

Lapor The Guardian, parti pembangkang Kosovo mengkritik dasar Kurti di utara, yang dilihat merenggangkan hubungan negara itu dengan sekutu utama barat.

Baca : PMX atau Perdana Menteri ke-10 Malaysia, 10 info menarik tentang DSAI

Ia berikutan AS dan Kesatuan Eropah (EU) sering memberi tekanan kepada Kurti agar segera meredakan ketegangan malah mahu Serbia serta Kosovo mencapai penyelesaian kepada pertikaian mereka melalui dialog yang dianjurkan EU sebagai syarat untuk menyertai blok itu.

@501awani Perdana Menteri Kosovo, Albin Kurti disimbah air ketika sesi parlimen sedang berlangsung. #AWANInews ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Keganasan tercetus pada Mei lalu apabila Datuk Bandar etnik Albania yang disokong polis mengambil alih jawatan selepas pilihan raya di kawasan majoriti etnik Serb itu diboikot secara meluas.

Hasil daripada itu, puluhan cedera dalam pertempuran antara warga Serb tempatan dan polis Kosovo serta pasukan pengaman yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)

Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan konflik pada 1998 yang mengorbankan lebih 10,000 orang kembali berulang.

Baca : Mustafa Kamal Antartuk Punca Khalifah Islam Jatuh, Tapi Mengapa Ramai Rakyat Turki Sanjung Beliau?

Pada hari Rabu, Kurti mengumumkan beliau akan mengurangkan bilangan pegawai polis khas yang ditempatkan di luar empat bangunan perbandaran di kawasan majoriti etnik Serb di utara Kosovo dan mengadakan pemilihan datuk bandar baharu di setiap bandar.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pembangkang, yang berhujah bahawa Kurti bereksperimen selama berbulan-bulan hingga menjejaskan kedudukan antarabangsa Kosovo.

Baca Selanjutnya :

GANAS!!! Penampakan Lelaki Bakar 4 Kereta Di Bukit Tinggi Di Cekup Polis

Masak Megi Kari Taugeh Buat Suami, Netizen Siap Tanya Resepi Dari Watie Untuk Shuib

JELITA!!! : Patutlah Sentiasa Awet Muda & Kulit Muka Mulus, Rupanya Permaisuri Kita Amalkan 2 Produk Ini Saja