Bila berada di luar negara, pastinya teringatkan makanan di tanah air, bukan?
Oleh itu, ramai yang berada di luar negara biasanya akan memasak sendiri jika terasa rindu kerana di negara orang, makanan tempatan sukar untuk ditemui.
Sebuah video yang baru-baru ini menjadi viral di media sosial memaparkan seorang pemuda yang memberikan rakan sekerja warga Korea Selatan peluang merasai hidangan Malaysia yang dimasak olehnya sendiri iaitu udang masak lemak cili api.
Dalam video tersebut, pemuda itu terlebih dahulu membeli beberapa bahan mentah seperti udang, ayam, serai, dan sayur-sayuran untuk menyediakan hidangan udang tersebut.
Beliau yang menetap dan bekerja di negara itu juga menunjukkan cara membersihkan setiap bahan mentah dengan teliti.
Setelah proses memasak selesai, pemuda itu membungkus hidangan tersebut untuk dijamu kepada rakan sekerja.
Selain dari udang masak lemak, beliau juga membawa ayam goreng dan pelbagai jenis sambal seperti sambal hijau bilis petai serta sambal merah ikan talang masin dari Malaysia.
Reaksi rakan sekerja pemuda tersebut begitu mencuit hati, terutamanya ketika mereka mencuba makan hidangan tersebut dengan menggunakan tangan tanpa menggunakan alat makan seperti sumpit, garpu, atau sudu.
Pemuda tersebut berkongsi pengalaman itu dengan kapsyen yang menarik perhatian, “Makan Udang masak lemak dgn ayam goreng.
Guna tangan. Fuhhh, baru paduuu. Today, no chopsticks, no fork, and no spoon. Hidup Melayuu!”
Video ini mendapat sambutan hangat dengan lebih daripada 2.5 juta tontonan, 211.8 ribu tanda suka, dan 4.5 ribu komen di platform TikTok.
Dalam bahagian komen, netizen memberikan pelbagai reaksi dan pujian terhadap video tersebut, menunjukkan kegembiraan mereka melihat rakan sekerja dari Korea Selatan menikmati hidangan Malaysia yang disediakan oleh pemuda tersebut.
Baca Juga : 16 telefon dirembatnya, polis sedang buru suspek