Nah, sampai jadi drama televisyen isu penyondol ni.
Biasalah mesti ada pengarah yang ambil kesempatan dalam isu-isu hangat yang melanda negara termasuklah isu penyondol ni.
“Dah turun-temurun sejak dulu,” kata pengarah popular, Osman Ali, 52, mengenai ‘trend’ mengetengahkan watak ‘penyondol’ dalam drama Melayu.
Osman berkata, penulisan skrip dan penerbitan drama yang menjurus kisah ‘penyondol’ atau orang ketiga bukan baru diketengahkan, tetapi sudah lama termasuk karya adaptasi novel.
Menurutnya, cuma sekarang nampak kisah sebegini menjadi perhatian sebab ‘trend’ daripada tular di media sosial serta banyak perkongsian dibuat golongan wanita yang pernah menghadapinya.
“Penonton suka dengan kisah yang menceritakan kehidupan, dekat dengan masyarakat, terutama mereka yang gemar menonton drama iaitu wanita-wanita berstatus isteri serta mudah berkongsi kisah masing-masing.
“Apabila mereka yang pernah melalui kisah-kisah itu (dengan penyondol) memang dapat merasai dan menyerap ke hati serta emosi dengan mudah. Saya rasa benda ini bukanlah satu masalah.
“Dalam drama kita ditayangkan dulu juga dah banyak kisah berulang-ulang tema sama iaitu isteri kedua, isteri ketiga dan orang ketiga yang boleh dikatakan sebagai satu ‘resipi’ tarikan penonton. Ia bukan dalam drama di Malaysia saja, tetapi juga di Indonesia dan Thailand,” katanya kepada Metro Ahad.
Menurut Osman, kisah ‘penyondol’ juga ‘trend genre evergreen’ yang ada sejak dulu lagi seperti filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Madu Tiga dan sampailah sekarang.
Osman berkata, apabila drama-drama berkaitan ‘penyondol’ menjadi ‘trend’ penyiaran di televisyen kerana ia sangat membantu ‘rating’ tontonan yang tinggi dan sudah tentu akan terus dihasilkan penerbitannya.
Menurutnya, situasi dalam penerbitan drama kini terjadi di layar perak apabila ‘trend semasa’ yang mana disukai orang itu akan jadi perhatian untuk selalu diterbitkan.
“Saya tidak melihat ia sebagai benda negatif sebab banyak cerita mengenai kehidupan manusia ini yang boleh kita singkap dan selitkan untuk dijadikan mesej yang baik sebagai pengajaran,” katanya.
Baca juga : umur 48 tahun kantoi main zakar dengan kabel