Kecoh satu gerabak LRT, lelaki berkeras nak duduk koc wanita sebab anak

Tular satu klip video menunjukkan pergaduhan berlaku di dalam koc wanita MRT.

Menerusi video berdurasi satu minit, seorang lelaki sedang bertikam lidah dengan seorang perempuan yang berada di tengah-tengah koc.

Pertengkaran itu berlaku dipercayai selepas perempuan berkenaan menegur lelaki terbabit untuk keluar daripada koc wanita berkenaan.

 

Bagaimanapun lelaki terbabit berkeras enggan keluar kerana dia mempunyai anak kecil di situ.

“Melampaulah awak ini, anak saya masih kecil. Dan awak menyuruh saya meninggalkan anak saya seorang diri?” tegas lelaki berkenaan.

Pada penghujung video, salah seorang pekerja MRT datang menenangkan keadaan.

Bagaimanapun kelihatan lelaki berbaju merah itu masih berasa marah dengan tindakan perempuan yang menegurnya.

Tindakan lelaki itu mengundang rasa kurang senang netizen. Ini kerana lelaki itu bukan berdua sahaja dengan anak perempuan kecilnya, sebalik isterinya turut ada di koc wanita itu.

“Ingatkan datang berdua, rupanya bawa isteri sekali. Duduk sajalah di hadapan,” kata netizen.

Tambah orang ramai lagi, sekiranya ada membawa anak perempuan kecil, ia bukan satu ‘lesen’ buat lelaki untuk berada di koc wanita.

“Habis itu, anak kalau mahu pergi ke tandas, si bapa pun ikut masuk ke tandas ke?” persoal netizen.

Baca : Joe Biden sebenarnya dah mati? Dah jadi trending di USA