Kecoh tiktoker jerit kena rasuk hantu masa live, ini yang berlaku selepas itu

SEORANG wanita meraih perhatian ramai apabila dia secara tiba-tiba menangis dan menjerit ketika sedang melakukan siaran langsung (live) di TikTok.

Menerusi sedutan video yang tular, TikToker dikenali sebagai Tomey itu dilihat menjerit sambil menekup telinganya sehingga dia terduduk dan menggelupur di atas lantai.

Dalam perkongsian pada Sabtu, Tomey mendakwa dia diganggu ketika membuat siaran langsung pada waktu tengah hari.

Netizen menggesa Tomey berehat seketika daripada media sosial.

“Kejadian dalam live tadi, minta maaf Tomey tak sengaja, Tomey dah cuba kawal dah. Tapi habis je azan Zohor, terus ‘dia’ masuk cekik Tomey.

“Sumpah kuat gila. Allah je tahu sakit tak boleh nak cerita. Tak nak minta banyak, nak doa daripada anda je,” tulis Tomey.

Video kejadian misteri itu menerima lebih 1.1 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Tomey dah cuba kawal dah. Tapi habis je azan Zohor, terus ‘dia’ masuk cekik Tomey.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan terkejut dengan kejadian yang menimpa TikToker itu.

“Jangan buat main-main penyakit ain. Nampak macam entah apa-apa tapi yang melalui je tahu rasa itu.

“Jam 12 tengah hari selepas Zohor ni orang panggil waktu rembang. Waktu macam ni aktif. Sebab tu orang tua dulu tak bagi keluar, terutamanya bayi.

“Meremang ya Allah, semoga Tomey cepat sembuh,” tulis netizen.

Beberapa pelayar TikTok turut membuat andaian Tomey sebenarnya mengalami stres melampau dan juga gangguan kebimbangan.

Selain memberi cadangan untuk perubatan moden dan tradisional, netizen turut menggesa agar Tomey berehat seketika daripada media sosial.

Antara komen netizen di TikTok.

“Rasanya Tomey kena banyak berehat, pulihkan diri. Hilangkan diri dulu daripada media sosial.

“Panic attack ni, ada anxiety disorder. Mungkin disebabkan kecaman netizen yang menyebabkan anxiety.

“Lebih baik Tomey banyakkan rehat daripada media sosial, banyakkan zikir dan mengaji,” pesan netizen lagi.

BACA: Thailand umum perang dengan ikan Talapia