“Kedai aku hari-hari cina datang makanlah!”- Pemilik kedai tak puas hati dapat review rendah

Tular di media sosial seorang tuan kedai makan seolah-olah bengang apabila hidangannya dikritik oleh pempengaruh yang membuat reviu makanan di premis miliknya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pempengaruh media sosial yang bernama Jason telah diminta oleh pengikutnya untuk membuat reviu makanan di premis berkenaan.

Tuan kedai makan itu mendakwa hidangannya belum pernah dikritik oleh sesiapa sebelum ini, oleh itu pengikut Jason memintanya untuk membuat reviu terhadap makanan di premis terbabit.

"Kedai aku hari-hari cina datang makanlah!"- Pemilik kedai tak puas hati dapat review rendah

Disebabkan itu, Jason telah datang ke kedai makan tersebut dan memesan hidangan utama bagi memenuhi permintaan daripada pengikutnya.

Bagaimanapun, Jason meluahkan berasa sedikit kecewa kerana hidangan tersebut tidak memenuhi jangkaannya selain memberikan markah penilaian yang agak rendah.

Disebabkan reviu daripada Jason yang kurang memuaskan, pemilik kepada premis tersebut telah membuat video maklum balas terhadap pempengaruh itu di TikTok.
Tuan kedai makan bengang dapat reviu rendah

Menurut pemilik premis tersebut, pelanggannya di kedai itu terdiri daripada pelbagai bangsa disamping menyatakan dia mempunyai ramai pelanggan Cina.

“Kalau Cina banyak makan, kedai tu sedap, betul tak? Kedai saya ni hari-hari Cina datang makan, apa cerita?” katanya sambil menghentakkan tangan ke meja.

Pemilik premis itu kemudian menjelaskan hidangan di kedainya sesuai untuk semua orang namun setiap kaum mempunyai pilihan yang berbeza.
“Sesetengah orang dia salah anggap, hidangan kami macam hidangan kat Jepun. Sebenarnya tak, ia satu benda yang baru kita wujudkan di Malaysia.
“Ia datang dengan pelbagai jenis menu yang sesuai untuk semua bangsa dan kaum,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik itu turut menyatakan taufu dalam hidangan yang dipesan Jason tidak garing kerana dia tidak mahu makanan itu menjadi hangit.
“Jason kata taufu saya apa? Tak garing? Kalau saya goreng sampai crispy, hangitlah dia,” katanya.

@abangetocarimakan Makan asam ramen by @Asam Ramen yang viral & penuh kontroversi resepi otai foodie. Ada yang pernah cuba? #asamramen #asamramenbyaim #asamramenjason ♬ original sound – Abang Eto️

Menjengah ke ruangan komen video balasan pemilik premis tersebut, rata-rata warganet lebih memihak kepada Jason kerana percaya dengan reviu daripada pempengaruh tersebut.
Jason buat reviu, koyak terus

Baru cakap tak crispy dah marah

Kami percaya Jason

Terdapat juga netizen yang mengecam tindakan cara pemilik itu membuat video balasan kerana dia seakan-akan tidak dapat menerima teguran.
Awal2 cakap takde berani kecam

Tuan kedai makan koyak ke?

Suruh komen jujur tapi nak dengar yang indah2 je

Bagaimanapun, terdapat segelintir warga maya yang memberikan sokongan terhadap premis tersebut dan berkata hidangan di kedai itu sememangnya sedap.
Bagi saya sedap

Memang padu, tuan kedai makan! Sampai beli 10 bekas

Saya suka rasa dia

Hmm teringin juga nak rasa! Tapi biasalah, lain orang lain citarasa kan?

Sumber: TikTok @scaredtodie & @abangetocarimakan

 

Baca : Pemain Selangor bakal ke kelab Jepun