Kehilangan ibu selama 3 minggu akhirnya terjawab selepas jumpa mayat rentung tepi jalan

Kira-kira 3 minggu lalu kecoh di media sosial apabila satu jasad yang hampir 90 peratus hangus terbakar telah pun ditemui di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, Terengganu. Jasad ditemui tanpa identiti itu dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan bentuk fizikal termasuk betis kanan yang masih terselamat.

Jasad terbakar tepi jalan rupanya ibu sendiri…3 minggu setia tunggu keputusan DNA

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah realiti yang terpaksa ditelan keluarga ini apabila jasad terbakar itu telah disahkan ibu mereka iaitu Che Janiah Jaafar. Setelah 3 minggu menanti keputusan DNA, akhirnya terjawab persoalan mereka selama ini

Kehilangan ibu selama 3 minggu akhirnya terjawab selepas jumpa mayat rentung tepi jalan

Pernah tularkan posting mak tak balik rumah lepas keluar…Dah buat laporan polis

Pada 16 April lalu, anak Allahyarhamah Che Janiah Jaafar pernah pernah melaporkan bahawa wanita berusia 55 tahun itu tidak pulang ke rumah walaupun telah maklumkan mahu keluar sebentar. Bukan sahaja kehilangannya sempat viral, malah pihak keluarga juga ada membuat laporan polis.

Polis dah tangkap suspek utama berusia 36 tahun…Motif kejadian masih lagi disiasat

Menerusi portal Sinar Harian, Ketua Polis Terengganu iaitu Datuk Roslee Chik mengesahkan pihaknya telah pun menangkap seorang suspek utama bagi jenayah tersebut. Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu telah pun ditahan di Marang dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Baca juga: Siapa suruh block kereta orang, pemandu langgar kereta blocking bertalu-talu