KEJAM!!! : Mayat Di Tengah Laut, Perut Dibelah, Leher Diikat Batu

Memetik laporan Harian Metro, mayat tersebut ditemukan dalam keadaan kaki, tangan dan lehernya diikat dengan bongkah batu oleh penduduk setempat kira-kira jam 11.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam, siasatan awal dilakukan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dengan keadaan mayat begitu tragis.

Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat kesan terbelah di perut dan kita percaya bahawa mangsa telah dicederakan dengan senjata tajam.

Kemudian pelaku pula bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa termasuk mengikat bahagian leher dengan tali bersama sebongkah batu sebelum mencampak mayat mangsa di muara sungai.

Tambah Ng Ah Thiam lagi, identiti mangsa ketika ini masih belum diketahui.

Ketika ditemui mangsa masih berpakaian baju T berkolar lengan pendek berwarna merah dan seluar ‘boxer’.

Mayat mangsa kini sudah pun dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Selanjutnya :

PANAS!!! : ‘Ustaz’ Kacau Baby Shima Mesej Minta Coli

Raisuddin Sanggup Tempuhi 7 Jam Perjalanan Jumpa Kanak-Kanak Mirip Siti Sarah Untuk Ubati Rindu

SEDIH ! :Isteri Dari Neraka. Anak Kecil 3 Tahun Dedah Kecurangan Ibunya Sendiri Pada Ayah