KEJAM! Tak Puas Hati Umpan RM8 Mahal, Anak Perempuan Pulak Ditendang Pelanggan

Hanya kerana umpan pancing RM8 dianggap mahal, anak perempuan peniaga ini di ‘balun’ pelanggan

Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya ditendang oleh seorang pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan harga umpan memancing dijual dengan harga RM8.

Menerusi hantaran dibuat oleh seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan iaitu Anip Anip

Dikongsikan menerusi Kumpulan Facebook Geng Viral Melaka, beliau tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut terhadap anaknya.

“Kalau rasa tak beli umpan, tak payahlah tendang anak perempuan saya.

“Kalau rasa RM8 mahal, tak payah beli. Kalau berani, sila tampilkan diri,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau sedang menanti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada jiran berdekatan yang berkemungkinan merakam kejadian anaknya ditendang pelanggan tersebut.

Selepas itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu terbabit kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anak perempuannya.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelaku kerana sanggup mendatangkan kecederaan terhadap anak kecil yang tidak bersalah.