Kekayaan Bill Gates dan Warren Buffet digabungkan masih tak dapat atasi Elon Musk

Kekayaan Bill Gates dan Warren Buffet digabungkan masih tak dapat atasi Elon Musk

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dialah individu paling kaya di dunia saat ini. Dialah Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk selepas berjaya melebihi harta kekayaan Bill Gates dan Warren Buffet walaupun digabungkan.

Tak terbayang rasanya bila dua harta orang terkaya di dunia ni dicampurkan masih tidak dapat menandingi kekayaan seorang manusia.

Data kekayaan ini dikeluarkan oleh Bloomberg Billionaires Index pada 19 Oktober. Dalam data itu, tersenarai harta kekayaan bersih Elon adalah sebanyak AS$243 billion atau RM972 billion.

Kekayaan Bill Gates dan Warren Buffet digabungkan masih tak dapat atasi Elon Musk

Jadi berapa pula jumlah kekayaan Bill Gates dan Warren Buffet yang tak dapat tandingi Elon?

Bill Gates yang sebelum ini memegang gelaran individu terkaya di dunia itu kini hanya memiliki AS$131 billion atau RM524 billion.

Warren Buffet pula memiliki AS$103 billion atau RM412 billion. Dua jumlah yang besar ini bila digabungkan adalah sebanyak AS$234 billion atau RM936 billion kurang AS$10 billion dibandingkan dengan Elon.

Berapa jumlah kekayaan bersih korang setakat hari ini?

BACA JUGA :
[VIDEO] Detik cemas burung tersangkut di kabel elektrik
[VIDEO] Prank mahu tampar orang awam, Youtuber diburu polis
PDRM dedah siapa individu terlibat penyeludupan dadah RM431 juta ke Australia