Kelantan pernah jadi pusat pelacuran hingga digelar ‘Paris Of Malaya’ 1950an. Tahukah anda, Kelantan yang digelar sebagai negeri Serambi Mekah pernah melalui satu sisi gelap pada satu ketika dahulu?
Digelar sebagai ‘Paris of Malaya’, pada tahun 1950-an Kelantan telah mencipta sejarah sebagai pusat pelacuran terbesar di Tanah Melayu kerana kegiatan berkenaan yang aktif.
Tidak hanya melibatkan remaja perempuan, malah remaja lelaki turut terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu, malah laporan mendedahkan ada antaranya yang sudah dilatih sejak daripada usia 12 tahun lagi.
Ada juga yang mengaitkan kegiatan ini dengan janda yang hilang tempat bergantung selepas diceraikan. Puncanya adalah kerana kemiskinan hidup yang menekan mereka. Sebenarnya, pelacur yang ada di sana bukan sahaja berasal dari Kelantan tetapi dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Jika diikutkan catatan sejarah ‘Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan’ yang diterbitkan pada 1838, kegiatan ini sudah pun berlaku sejak sekian lama.
“Shahadan maka adalah saya lihat dalam negeri Kelantan itu terlalu banyak perempuan jalang. Maka apabila petang hari, datanglah ia dekat-dekat perahu segala dagang, berjalan berduyun-duyun.
Ada pun pakaiannya itu berkemban sahaja dengan tiada berbaju; dan rambutnya bersanggul lintang sangkut. Maka dipakainya bunga melor berumbai-umbai, panjangnya sampai ka lututnya..”
Pertama kali gelaran Paris Malaya diberikan kepada Kelantan adalah pada 1959 oleh seorang ahli parlimen, Nik Mohamad Amin Nik Ali dalam satu ruangan berita The New Straits Times.
Walaupun Kelantan sudah ‘dibersihkan’, jolokan ini kekal sehingga penghujung 1960-an sehingga pernah dipromosikan sebagai satu tarikan pelancongan pada tahun 1962.
Memberikan gelaran Paris Malaya disebabkan kegiatan pelacuran yang aktif di sana nyata kurang disenangi rakyat Paris yang merasakan ianya sebagai satu penghinaan meskipun pada ketika itu kota Paris memang terkenal sebagai lokasi pelacuran terkenal dunia.
Sumber: Yusrin Faidz Yusoff
Selepas diambil alih oleh PAS, agama Islam menjadi lebih berkembang. Di bawah pimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, premis-premis judi dan panggung wayang ditutup malah hotel dan kedai tidak dibenarkan untuk menjual dan menyajikan arak di tempat awam kerana ianya akan membawa ke lembah maksiat.
Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 diperkenalkan dengan penerapan nilai keIslaman dalam setiap persembahan termasuklah mengelakkan amalan khurafat dan tahyul seperti hiburan wayang kulit, makyong dan main puteri.
Baca Juga : Zuraida cakap ‘Orang Utan’ yang bunuh manusia di Malaysia
Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat