Kelibat nenek bongkok dirakam cctv Hospital N.Sembilan undang perdebatan netizen

Kelibat nenek bongkok dirakam cctv Hospital N.Sembilan undang perdebatan netizen. Benda-benda pelik mistik dan mesteri seringkali menjadi perhatian ramai dalam masyarakat kita pada hari ini. Walaupun kita hidup dalam dunia serba moden dan canggih ini.

Selalunya masyarakat di Malaysia ini pantang kalau ada benda benda mistik sahaja terus ramai mempercayai. Percaya dia sampai 100% tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu sahih atau tidak.

Pada zaman media sosial ini atau dengan bahasa lainnya, akhir zaman ramai mudah terpedaya dengan kisah yang pelik dan rupanya apa sebenar yang terjadi tidak benar.

Kelibat nenek bongkok dirakam cctv Hospital N.Sembilan undang perdebatan netizen

Sebagai contoh baru-baru ini tular di media sosial, gambar seorang nenek tua yang bongkok dikatakan “entiti”.

Gambar tular tersebut telah menimbulkan berdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Sebuah laman page Facebook yang khususnya mencari entiti entiti atau dengan kata lainnya mencari h@ntu telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen.

Gambar asal dimuat naik oleh satu laman page bernama Sl***er Daily, kerana terdapat watermark pada gambar tersebut. Page paranormal tersebut menulis kredit gambar kepada page Sl***er Daily tersebut.

Gambar yang di tangkap sendiri oleh doktor. Di tegur tapi tak berjawab. Semua pesakit kat situ muda-muda semua. Siapakah dia?

Kelibat nenek bongkok dirakam cctv Hospital N.Sembilan undang perdebatan netizen

Gambar itu tersebar luas di media sosial sehinggakan bermacam macam cerita seram yang keluar dari belah netizen.

Keterangan Pihak Hospital

Sejurus setelah tular gambar seorang nenek tersebut, pihak hospital telah tampil buat penjelasan dan menerangkan nenek tersebut bukan lah entiti atau h@ntu tetapi hanya seorang pesakit.

Assalamualaikum tuan admin Pencari Entiti Crew. Kami ingin merujuk posting tuan mengenai warga emas yang dilihat berjalan seorang diri di wad seperti gambar tertera.

Dimaklumkan warga emas tersebut adalah merupakan pesakit di salah sebuah hospital kami.

Sehubungan dengan itu, bagi menjaga privasi pesakit dan waris serta mengelak salah tanggapan oleh netizen mohon jasa baik pihak tuan untuk memadam posting ini.

Kerjasama tuan amat kami hargai – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Kelibat nenek bongkok dirakam cctv Hospital N.Sembilan undang perdebatan netizen

Memang jelas kot, takkan lah hantu pakai baju hospital dan ada pula bayang bayang.

Inilah masyarakat kita sekarang. Mudah sangat percaya benda-benda mistik tanpa periksa dan selidik dahulu info itu sahih atau tidak.

Benda-benda viral ini selalu bukannya 100% betul. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bijak menilai sesuatu info yang menjadi tular di media sosial sebelum berkongsi.

Jadi kepada sesiapa terutama pemilik laman page Facebook, harap membuang gambar nenek tersebut dan buat penjelasan yang sepatutnya sebelum tindakan lanjut diambil oleh ahli keluarga nenek tersebut.

Khas buat netizen-netizen kat luar sana tu. Jangan mudah percaya dengan info mistik yang tidak sahih seperti ini lagi ya. Kesian nenek pun jadi mangsa viral. Harap nenek tak ambil hati ya. Maafkan semua netizen-netizen Malaysia ni.

BACA:

Indonesia gesa pembantu rumah dari negaranya dibayar gaji RM1,500 ke atas

Mas Idayu bakal kahwin penerbit TV3 selepas 15 tahun ‘sunyi’

Kecoh youtuber bunuh kekasih, cikgu mangsa tampil dedah cerita sebenar