Meskipun sudah masuk lebaran dekad baru, tidak dinafikan bahawa masih lagi terdapat sebahagian daripada masyarakat kita yang percaya terhadap amalan khurafat. Malah sikap terlalu mengikut amarah membuatkan sehingga ada yang sanggup menggunakan khidmat perantaraan jin dan syaitan. Selain itu, ‘taktik kotor’ ini bukan sahaja menyesatkan tetapi juga dimurkai oleh Allah S.W.T. Kisah misteri yang menimpa lelaki ini ternyata mendapat perhatian ramai sehingga meraih kira-kira 2,000 retweet.
Ada satu botol tertanam di kubur
Menurut pengendali akaun Twitter bernama @iewanR2, keluarganya telah menemui sebiji botol misteri yang tertanam di atas salah kubur kedua ibu bapanya. Menurut Iewan, perkara itu disedari oleh kakaknya semasa mereka bertandang ke tanah perkuburan sekali gus mengundang 1001 persoalan dalam benak fikiran mereka.
Ada sesuatu seperti balutan kain putih dalam botol
Kata Iewan lagi, pada awalnya dia tidak mengambil pusing tentang botol itu. Namun keinginan untuk mengetahui mula timbul apabila kakaknya memberitahu bahawa ada ‘sesuatu’ seperti balutan kain di dalam botol tersebut. Terkejut melihat kandungan yang terdapat dalam botol itu, Iewan kemudiannya membaca potongan ayat Kursi sebelum membuang botol tersebut.
Jangan buka botol tu…serius jangan buka
Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai Khey Amir turut berkongsi pengalaman yang menimpa rakannya selain menasihati Iewan agar tidak membuka botol tersebut. Dedah pemuda ini, rakannya mengalami kejadian misteri di mana sebaik sahaja tiba di rumah, dia secara tiba-tiba merangkak. Kejadian ini berlaku gara-gara dia membuka penutup botol yang dijumpainya di kawasan sungai. Tambah lelaki ini, botol yang dijumpai rakannya itu sama seperti apa yang diceritakan oleh Iewan iaitu terdapat balutan kain putih seperti kafan di dalam botol tersebut.
Baca juga: Rafizi bodohkan Sanusi