Kemalangan di Kilometer 25.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), meninggal dunia selepas 3 hari di hospital

Kemalangan di Kilometer 25.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), meninggal dunia selepas 3 hari di hospital. Selepas tiga hari bertarung nyawa, orang pengawal keselamatan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat terbabit kemalangan di Kilometer 25.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) menghala ke Sungai Buloh selepas Plaza Tol Rimba Templer, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan jam 2.50 petang tadi daripada waris mangsa, Abu Aizad Abu Salim, 24, yang meninggal dunia di Hospital Selayang selepas terbabit dalam kemalangan itu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku jam 11.45 pagi, Sabtu lalu semasa mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Rawang menghala ke Sungai Buloh.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas di lorong kecemasan jalan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dirawat di Hospital Selayang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.16 petang, Isnin lalu di Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tengkuk.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 untuk membantu siasatan,” katanya.

BACA JUGA:

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bakal mengumumkan kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera sekitar jam 11 pagi ini

Sultan Nazrin bertitah, dunia menjadi semakin miskin bila nilai kemanusiaan tidak dikongsi

Bajet awal 2023 berita gembira, netizen lekas baca untuk tahu apa yang anda boleh dapat