Kemaluan mengecil selepas dijangkiti Covid-19

Kemaluan mengecil selepas dijangkiti Covid-19. Seorang lelaki yang pernah menghidap Covid-19 mendakwa kemaluannya mengecil sebanyak 1.5 inci, dan bimbang saiz tersebut tidak akan pulih.

Kebiasaannya golongan lelaki sering tergugat mengenai saiz kemaluan mereka.

Kemaluan mengecil selepas dijangkiti Covid-19

Seorang pengguna Twitter mengakui percaya bahawa kesan jangkitan Covid-19 menyebabkan dia mengalami masalah sama, tahun lalu.

Baca : Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat

Gejala biasa Covid-19 kadang kala berubah sepanjang wabak berlaku, tetapi yang disenaraikan di laman web NHS adalah suhu badan tinggi, batuk berterusan dan hilang derisa rasa atau bau.

Pakar urologi mendakwa saiz zakar juga boleh mengecil kerana kerosakan pada saluran darah.

Menerusi kajian University College London membabitkan 3,700 orang yang telah dijangkiti Covid-19, mendapati sebilangan kecil daripada 200 orang yang dilaporkan mengalami ‘long Covid’ menyenaraikan zakar bersaiz lebih kecil sebagai gejala.

Baca : Senarai laluan tol yang boleh guna sistem PayDirect Touch ‘n Go

Seorang lelaki membuat pendedahan mengenai saiz kemaluannya berubah selepas menghidap Covid-19.

“Saya seorang lelaki berusia 30an. Pada Julai tahun lalu saya dijangkiti Covid dan sangat sakit,” katanya.

“Sebaik keluar dari hospital, saya mengalami beberapa masalah ereksi. Ia kemudian beransur pulih dengan beberapa rawatan perubatan, tetapi nampaknya kesan pada diri saya berpanjangan.

“Zakar saya mengecil. Sekarang saya telah kehilangan kira-kira 1.5 inci dan menjadi jelas kurang daripada saiz purata,” tambahnya

Baca : Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam

Setengah juta kematian akibat Covid-19 akan berlaku tahun hadapan – WHO

 

COMMENTS

Wordpress (0)