IBARAT mimpi ngeri, seorang lelaki diperdaya oleh rakan karib apabila menjalani pembedahan menukar jantina.
Ketika kejadian yang berlaku pada 3 Jun lalu, mangsa berusia 20 tahun sedang tidur apabila rakan lelakinya memanipulasi doktor untuk melakukan pembedahan itu.
Mangsa mendedahkan bahawa rakannya telah menganiaya dan mengancamnya sejak dua tahun lalu.
Mangsa mendakwa dia dibawa ke hospital selepas suspek menegaskan dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Di hospital, doktor memberinya bius dan perkara seterusnya yang disedari mangsa adalah alat sulitnya ditukar untuk pembedahan pemindahan.
Kejadian berlaku di sebuah kolej perubatan di Mansoorpur di Uttar Pradesh, India.
Sejurus sedar, mangsa berdepan dengan perubahan dirinya daripada seorang lelaki kepada seorang wanita.
Suspek mengancam melangkaui perubahan fizikal, kerana dia memberi amaran kepada mangsa tentang kesan masyarakat dan juga ancaman keganasan terhadap ahli keluarganya.
Malah suspek didakwa memberitahunya bahawa dia kini perlu tinggal bersamanya, sambil menambah bahawa tiada sesiapa daripada keluarga atau komunitinya akan menerimanya lagi.
Suspek juga mengancam untuk menembak bapa mangsa dan merampas bahagian tanah keluarganya.
Satu kesatuan mengadakan bantahan di hadapan hospital untuk membantah kejadian itu.
Polis memberi jaminan bahawa mereka akan menjalankan siasatan terperinci terhadap aduan itu.
Selain itu, satu jawatan kuasa turut menuduh hospital tersebut dalam pemerdagangan organ yang berleluasa dan pembedahan penukaran jantina tanpa persetujuan.
Suspek kini ditahan, manakala bapa mangsa membuat tuntutan supaya anaknya mendapat pampasan.
Sebagai peringatan, perbuatan menukar jantina adalah haram dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.