‘Kembar’ arwah Siti Sarah jadi kejutan birthday Raisuddin. Pejam celik sudah 8 bulan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap Ilahi. Namun, pemergian arwah Sarah sememangnya memberi kesan mendalam terutama buat ahli keluarga.
Baru-baru ini, perkongsian ibu tiri arwah Sarah iaitu Siti Fatimah menjadi perhatian apabila membuat kejutan buat suaminya iaitu Raisuddin Hamzah sempena ulang tahun kelahiran bapa Sarah.
BACA: Nama Siti Sarah Diabadikan Pada Musolla, Dewan Rumah Anak Yatim
Impian Raisuddin untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip arwah anaknya itu akhirnya tercapai apabila dipertemukan pada majlis tersebut.
Menerusi entri di Instagram, Fatimah mengucapkan terima kasih kepada wanita bernama Emy itu yang sudi meluangkan masa bersama mereka.
“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.
“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.
“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” katanya.
Dapat dilihat pada video itu, Raisuddin terkejut apabila melihat wajah wanita itu kerana hampir mirip dengan arwah anaknya.
View this post on Instagram
Perkongsian Fatimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebak melihat video tersebut dan ramai mengakui wanita itu seiras dengan arwah Sarah.
BACA:
Jenama mentega kacang Jif diminta tarik balik produk, ini puncanya