Kemunculan Iqbal dalam Big Stage 2022, Dato Hattan luah perasaan terpendam


Kemunculan Iqbal dalam Big Stage 2022, Dato Hattan luah perasaan terpendam. Pernah bersuara mengenai sikap juri Indonesia yang membuat kelas vokal ketika rancangan ‘Gegar Vaganza’ bersiaran langsung, Dato Hattan pada semalam sekali lagi menarik perhatian netizen dengan pendapatnya mengenai ‘Big Stage 2022’ pula. Seperti yang ramai tahu, kemunculan Iqbal di pentas berkenaan telah menerima kecaman bertubi-tubi sehinggalah ke hari ini.
Pihak penyiar harus ada rasa tanggungjawab untuk angkat industri ke tempat lebih baik
Sama ada gimik itu bersifat baik ataupun buruk, beliau tidak menafikan marketing yang dilakukan oleh pihak produksi televisyen terbabit berjaya memberikan impak besar pada tayangan konsert pertama. Walau bagaimanapun, penyanyi ini menegaskan mereka juga harus ada rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan kepada tahap lebih baik. Justeru, pemilihan penyanyi yang terang-terangan tidak mempunyai bakat ibarat satu kesilapan besar.
Dalam tu ada peserta Indonesia…Kalau orang Indonesia tengok kualiti kita macam ni?
Bukan sahaja menyentuh mengenai maruah industri nyanyian Malaysia yang sedang disaksikan peserta luar negara, malahan beliau mempertikaikan tentang bagaimana stesen TV meletakkan standard juri profesional lain khususnya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sebelum mengakhiri bicara, Dato Hattan berharap ia tidak berulang lagi selain menyeru pihak TV untuk berfikiran lebih waras dalam menjayakan sebuah program.
Kalau Tok Ram rasanya dua-dua tu dah habis…Nasib juri boleh senyum lagi
Pendapat dan teguran tegas yang diberikan oleh artis berkenaan membuatkan ramai netizen bersetuju. Rupanya akibat gimik keterluan itu, ramai yang seakan-akan kehilangan mood untuk meneruskan tontonan.
Baca:
Rumah jadi sarang warga asing, tuan rumah terkejut bila mahu kutip sewa tertunggak 2 tahun
Dua minggu bayi sudah meninggal dalam kandungan, suami hampir nak pengsan
Rebah ketika baca Al Quran, lelaki disahkan meninggal dunia