‘Kenapa mama tak jempuat kita lagi’ anak Bella cari

Dua anak kepada ibu tunggal, Mira Sharmila atau Bella, yang dikhabarkan hilang sejak dua minggu lalu, kini mulai menunjukkan tanda-tanda kekurangan ibu terutamanya pada waktu malam.

Bella biasanya membawa pulang kedua anaknya dari rumah kakak dan pengasuh setelah selesai membantu urusan perniagaan ibunya.

Kakaknya, Norisham Samsuhah, 36, menceritakan bahawa kedua anak saudaranya, Eusoff, 4, dan Maream, 2, kini tinggal bersamanya.

'Kenapa mama tak jempuat kita lagi' anak Bella cari

Menurut Norisham, mereka seolah-olah dapat merasakan kehilangan ibu mereka, terutamanya ketika hendak tidur bersama sepupu.

“Mereka seakan-akan dapat merasakan kehilangan ibu terutama ketika waktu hendak tidur bersama sepupu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norisham menjelaskan bahawa satu-satunya yang dapat dilakukan oleh keluarganya setakat ini adalah dengan memberitahu anak-anak bahawa ibu mereka masih belum pulang dari kerja.

“Kami beritahu ibu mereka akan pulang lewat jadi tidak dapat jemput balik ke rumah. Antara pertanyaan Eusoff yang menyebabkan saya menitiskan air mata dan kelu lidah adalah “di mana mummy, kenapa tak jemput kami balik rumah?”.

“Manakala Maream pula merengek seolah-olah mencari ibunya yang kebiasaannya akan mendodoikannya sebelum tidur,” katanya.

Norisham menyatakan bahawa mereka sekeluarga berharap agar Bella dapat ‘dipulangkan’ ke pangkuan anak-anaknya dengan selamat oleh pihak yang menjaga anak bongsu itu.

Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, juga merayu kepada orang ramai agar memberikan maklumat kepada pihaknya atau mana-mana balai polis berhampiran jika mengetahui di mana Bella berada.

“Sudah beberapa hari ibu juga tidak dapat berniaga kerana tiada pembantu yang selama ini tugas tersebut digalas oleh Bella,” katanya.

Baca Juga : Tips mudah buat sos bawang putih terlajak lazat, sedap dan padu