Kenapa Mila Jirin takut sangat pakai barang kemas besar-besar?

Mila Jirin, usahawan dan penyanyi, mendedahkan mengapa dia jarang memakai barang kemas selepas mengalami satu kejadian yang tidak diduga ketika berucap dalam sebuah temu bual di sebuah stesen televisyen.

Mila, atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, menjelaskan bahawa dia memutuskan untuk jarang memakai barang kemas selepas satu pengalaman yang membuatnya tidak selesa.

Dalam temu bual itu, Mila berkata dia pernah berhadapan dengan situasi di mana seseorang individu menegur tentang barang kemas yang dipakainya.

Kenapa Mila Jirin takut sangat pakai barang kemas besar-besar?

“Saya sangat jarang pakai barang kemas, saya akan pakai cincin perkahwinan dan jam. Saya pernah mengalami situasi, ketika itu saya menghadiri ke satu program dan memakai barang kemas.

Apabila saya bercakap dengan seseorang, dia asyik tengok tangan saya. Saya rasa tak selesa. Selepas itu dia menegur saya, ‘seronoknya kalau ada macam tu (gelang) kan?’. Kemudian saya rasa sangat bersalah, saya seolah-olah melukakan hati dia,” jelas Mila.

Sejak kejadian tersebut, Mila memilih untuk tidak lagi memakai barang kemas kecuali ketika sambutan hari raya sebagai tanda menghormati perasaan setiap orang yang ditemuinya.

“Mulai hari itu saya dah tak pakai barang kemas yang besar-besar. Itu pun kalau beli saya simpan buat pakai ketika raya,” tambahnya.

Reaksi dalam ruang komen menunjukkan sokongan terhadap tindakan yang diambil oleh Mila. Warganet mengapresiasi sikapnya yang merendah diri dan memahami perasaan orang yang tidak mampu.

“Alhamdulillah, dia fikir perasaan orang yang tak mampu. Moga pahala buatnya jaga hati orang susah,” tulis salah seorang warganet.

Ada juga yang menyatakan setuju dengan Mila, mencatatkan bahawa mereka juga tidak suka memakai barang kemas kerana seringkali ditegur oleh kawan-kawan, walaupun teguran itu positif.

Baca Juga : Akibat boikot Israel, suami Vivy Yusof buang beg duit berjenama mewah