Kapal terbang adalah sebuah pengangkutan udara yang sering digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke satu destinasi, yang mana memakan masa berjam-jam perjalanan.
Bagi mereka yang pertama kali menaiki kapal ini, tentu ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi apabila pergi bercuti.
Kebiasaannya, kapal terbang menjadi pengangkutan pilihan jarak jauh merentasi pelbagai negara dan benua dalam waktu yang singkat.
Setiap kapal terbang mempunyai identiti, corak yang melambang status pemilikan dan asal negara dalam sistem penerbangan.
Jika sering ke lapangan terbang, anda dapat melihat dan mengenal pasti mana satu kapal milik tanah air, susulan tertera nama syarikat penerbangan seperti, MAS, AirAsia, FireFly dan sebagainya.
Tetapi perasan atau tidak, bendera Malaysia di sesetengah kapal berada dalam keadaan terbalik (mirrored) sedangkan perkataan “MALAYSIA” pula dicat seperti biasa?
Adakah ia penting dan mempunyai mesej tersirat dalam sistem penerbangan?
Sama juga seperti warna kebanyakan kapal dicat dengan warna putih atas beberapa faktor seperti menjadi pemantul cahaya, mudah untuk mengesan keretakan dan penyek, mengurangkan serapan haba, mengesan hakisan dan kebocoran minyak selain kosnya juga tidak mahal.
Tentunya perkara ini menjadi persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai bendera dan nama pada badan pesawat ini. Jadi, jom ketahui perkara ini di bawah.
Bendera terbalik tapi perkataan tidak
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi topik 10 Bendera Malaysia dan Perkataan ‘Malaysia’ pada Pesawat CAD 7, ia perlu dilekatkan pada bahagian hadapan atau hidung pesawat.
“Bendera Malaysia dan Perkataan ‘Malaysia’ hendaklah dicat atau dilekatkan dengan apa-apa cara untuk memastikan ia berada pada tahap kekal atau seimbang yang sama (degree of permanence), pada kedua-dua belah/bahagian fiuslaj pesawat, sebaik-baiknya ia diletakkan ke arah hadapan atau hidung pesawat,” memetik kenyataan itu.
Jadi, kedudukan bendera bergantung pada bahagian yang dilekatkan pada fiuslaj belah kiri dan kanan tetapi kedudukan perkataan mestilah mengikut arah yang betul.
Manakala pada 10.2 pula menyebut, bendera Malaysia, dan perkataan ‘MALAYSIA’ hendaklah mempunyai dimensi yang sesuai berhubung dengan saiz pesawat.
Semoga bermanfaat.
Sumber: @rizarul/X
BACA: UEFA tak benarkan lagi peminat dekat dengan Ronaldo selepas insiden ini