Perbuatan seorang wanita yang berkongsi keputusan peperiksaan anaknya di media sosial telah menimbulkan kecaman daripada orang ramai.
Tindakan tersebut menjadi tular di media sosial selepas gambar keputusan peperiksaan anaknya dikongsi di aplikasi X, memaparkan reaksi wanita tersebut seolah-olah mengeluh dengan prestasi anaknya walaupun keputusan yang ditunjukkan cukup baik.
Dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar keputusan peperiksaan tersebut, wanita tersebut menulis, “Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun. Alahai, parah-parah. Semua subjek Sains menurun, tahun depan dah nak SPM. Masa cuti sekolah suruh pergi tuisyen tak nak. Tengok semua subjek Sains dah ‘drop’.”
Reaksi orang ramai yang dilihat dalam ruang komen adalah mengecam tindakan wanita tersebut, dan turut meminta dia untuk lebih menghargai usaha anaknya dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang.
“Kepada ibu bapa di luar sana, tolong bangga dengan apa jua keputusan anak anda dapat. Saya tidak begitu cemerlang dalam SPM, tapi Alhamdulillah sedang sambung belajar dan jadi seorang manusia,” kata seorang pengguna.
“Tak sepatutnya dikongsi kepada umum, malulah anak tu. Seharusnya nasihat diberikan secara peribadi, ini malah disebut ‘parah-parah’. Bukannya anak tersebut gagal subjek itu,” kata seorang lagi.
“Hanya mungkin sebelum ini anak tersebut mendapat A. Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka,” tambah seorang pengguna yang lain.
Hingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih daripada 7,000 tanda suka di media sosial.
Baca Juga : Resepi goreng Tempe luar garing dan isi lembut gila