Kerajaan arahkan tukar nama kad “Touch ‘n Go” kepada jenama lain untuk elak kekeliruan fungsi kad

Kerajaan arahkan tukar nama kad “Touch ‘n Go” kepada jenama lain untuk elak kekeliruan fungsi kad

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang diterajui YB. Salahuddin Ayub telah menggariskan beberapa arahan terhadap pihak Touch ‘n Go berkaitan beberapa produk yang mereka kendalikan terutamanya tentang kad TNG dan kad TNG Visa.

Berikut adalah 6 arahan tersebut:

1. Tambah bilangan pusat jualan dan perkhidmatan kad TNG
2. Beri notifikasi awal kepada pengguna sebelum kad tamat tempoh
3. Cepatkan proses bayaran balik dan pemindahan baki
4. Tukar nama visa “Touch ‘n Go” kepada jenama lain untuk mengelakkan kekeliruan fungsi kad
5. Turunkan iklan penjualan kad TNG tidak rasmi dari semua platform atas talian
6. Sediakan pelan tindakan susulan (tarikh akhir 31 Januari 2023)

Ia hasil analisis terperinci oleh pasukan khas yang telah ditubuhkan pihaknya bagi menyelesaikan rungutan rakyat terhadap perkhidmatan TNG.

Sedang kebanyakan arahan tertumpu pada kad TNG yang asal, satu daripadanya adalah tentang kad TNG Visa yang baru sahaja mereka lancarkan. Kerajaan mendapati yang nama TNG Visa mendatangkan kekeliruan kerana ia tidaklah boleh digunakan di tempat yang menyokong pembayaran menggunakan kad TNG.

Ia adalah sesuatu yang malang bagi pihak pengendali kerana sudah memang nama syarikatnya adalah Touch ‘n Go. Mungkin mereka boleh gugurkan frasa Touch dan kekalkan nama Go seperti produk Go+ mereka.

BACA JUGA :

Perlu minta kelulusan EIA sebelum lakukan pembalakan di Hutan Simpan

Setiausaha Akhbar Rafizi, pembantu Young Sefura dipanggil untuk beri keterangan kepada polis

Lee Zii Jia mulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan kemenangan

COMMENTS

Wordpress (0)