Kerajaan Buat Hal Apa Lagi Ini? JOM MOHON!!! Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dinaikkan Had, Mudahkan Rakyat Untuk Memohon

Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan program perumahan yang diwujudkan oleh SPNB untuk membantu golongan pendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah.

Atau ada rumah sendiri tetapi sudah usang dan mempunyai tanah membina untuk rumah rumah yang selesa, ini salah satu skim bantuan kerajaan perpaduan untuk membina rumah atas tanah sendiri.

Memetik laporan dari portal SPNB, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan pada hari ini.

Majlis penyerahan surat tawaran dan kunci rumah RMR ini juga turut berlangsung di seluruh negara melibatkan seramai 500 penerima secara keseluruhannya.

Baca : ‘Ayah Dari Syurga’- Sanggup Pinjam RM120 Dari Orang kampung Untuk Hadir Majlis STPM Anaknya

Program RMR merupakan salah satu program di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ingin Memohon ? Klik SINI

Sejak RMR diperkenalkan bermula tahun 2002 sehingga bulan Mac 2023, SPNB telah berjaya membina sebanyak 56,002 unit RMR di seluruh negara. Kerajaan juga turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta bagi membina 4,250 unit RMR di seluruh negara.

Bagi menangani isu peningkatan harga barang asas binaan yang tidak menentu, beberapa langkah proaktif telah diambil untuk memastikan harga sebuah unit RMR yang perlu dibayar oleh pemohon baharu akan terus kekal dengan harga subsidi dari pihak kerajaan bermula RM55,000 sehingga RM75,000 mengikut reka bentuk masing-masing.

Menurut YB KM, “Program RMR akan terus mendapat pengekalan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah tersebut. Ini bermakna bayaran bulanan untuk program RMR kekal seperti sediakala, iaitu serendah RM300 sebulan selama 16 hingga 25 tahun”.

Tambah beliau, “Kriteria utama bagi pendapatan bulanan seisi rumah pemohon yang layak untuk memohon RMR ini juga telah dinaikkan dari RM3,000 menjadi RM5,000 bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memohon”, tambah beliau lagi.

Dalam majlis sama, SPNB telah menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia, Gombak, Selangor sebagai salah satu daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Datuk Husam bin Musa, Pengerusi SPNB; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; Datuk Hasleen bin Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB; YBhg. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Dan Persekitaran Mampan); Tuan Haji Suhaimi Bin Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan Dan Kesejahteraan Komuniti), Muhammad Razman Bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) serta pengurusan Tertinggi Kementerian dan agensi di bawah KPKT.

SPNB sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan KPKT diberi keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia MADANI.

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Baca Selanjutnya :

MODEN : Dah Macam Tesla, Perodua Bakal Perkenal Kereta Elektrik Pertama Digelar MyEV, Jom Lihat Reka Bentuknya

‘Dah KAFIR Dan Masuk Neraja Aje’- Baby Shima Saman PU Syed Dan Pemuda PAS Kuantan Jadi Isu Syurga Neraka Pula

Orang Melaka Pun Sayang Islam! 50,000 Orang Banjiri Dataran Sejarah Kerana Ustaz Abdul Somad