Kerajaan Pas Kelantan tambah senarai “kemajuan ekonomi negeri”

Baru nak mula berniaga sempena PKPP dah dapat surat. Surat bertarikh 16 Julai 2020 bertajuk Kenaikan Kadar Sewa Di Terminal Bas Lembah Sireh Kota Bharu Kelantan.

Jika menurut surat yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, kenaikan kadar sewa bermula pada 1 Ogos 2020. Kenaikan sewaan ini pasti membebankan para peniaga yang akan memulakan perniagaan selepas berapa bulan terhenti akibat PKP.

Apatah lagi, kandungan tersebut turut menyebut tarikh bermesyuarat Bil.1/2020 bertarikh 3 Mac 2020, 15 hari sebelum seluruh Malaysia dikenakan arahan PKP. Arahan PKPP yang bermula pada awal bulan Jun, sepatutnya mesyuarat Bil.2/2020 bertarikh 14 Jun 2020 menjadi asas kepada ahli mesyuarat untuk mempertimbangkan dan memikirkan kesulitan yang bakal dihadapi oleh para peniaga.

Kenaikan kadar sewaan melibatkan gerai makan RM230, gerai runcit RM170, kaunter tiket RM400 dan lot parking bas RM150.

Inikah pentadbiran negeri berteraskan Islam yang di bangga-banggakan. Baru sahaja menerima musibah ancaman Covid-19, terus menekan rakyat dengan kenaikan kos. Hilang dalam pemikiran mereka tentang kebajikan rakyat.

Sumber :