Kes pukul di sekolah, ramai pelajar tiru aksi dalam tv

Kes buli seperti tiada penghujungnya. Tidak kira di Malaysia atau di luar negara, pasti ada kes buli yang menjadi viral. Yes, ia dirakam sendiri oleh rakan pembuli atau sesiapa sahaja yang ‘tonton’ secara live di tempat kejadian.

Kadang kala kita yang tengok rasa geram dengan si perakam yang lebih pentingkan video (memang niat nak viralkan lah tu!) atau sesiapa sahaja yang berada di kawasan sekeliling. Pasti akan ada si tukang sorak, si batu api, si tukang tengok je atau sekadar melarang melalui mulut “eh dah lah, dah lah” (tidak bertindak menghalang).

Lihat sendiri perkongsian video kes buli daripada Putera izman.com ini yang mendapat lebih kurang 10 ribu share di Faceboook serta pelbagai komen dari netizen:

Kes pukul di sekolah, ramai pelajar tiru aksi dalam tv

Rata-rata netizen menunjukkan kemarahan (of course lah kan!) dan ada juga yang memberi komen serta salahkan ibu bapa si pembuli:

“..yang tolong tengok and record video tu pun kira sama jahatnya”

Ada juga yang berkongsi pengalaman sebagai seorang mangsa buli dan tindakan yang diambil selepas dibuli :

Baca juga: Berang kena tegur merokok di restoran, lelaki bagi jari tengah