Kesan memeluk anak lelaki dengan lebih kerap dapat mengawal sikap Agresif, IQ lebih baik

Kesan memeluk anak lelaki dengan lebih kerap dapat mengawal sikap Agresif, IQ lebih baik.

Ketika anak lelaki kecil, ibu bapa menganggap mereka sama saja dengan anak perempuan. Cuma apabila mereka semakin membesar, secara semulajadinya mungkin anak perempuan nampak lebih manja dan suka dipeluk.

Tapi sebenarnya, tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki, mereka tetap memerlukan perhatian dan pelukan daripada ibu bapa.

Bukan itu saja, terdapat beberapa pendapat dan kajian yang mendapati bahawa ada sebab mengapa anak lelaki perlu kerap dipeluk, sekalipun ada antara mereka dah mula ada perasaan malu apabila ibu bapa berbuat demikian.

Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.

Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.

Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa.

Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.

Ayah Dan Ibu, Teruskanlah Memeluk Anak Lelaki Apabila Mereka Meningkat Remaja Kerana Kajian* Mendapati Anak Lelaki Perlu Dipeluk Dua Hingga Tiga Kali Lebih Kerap Berbanding Anak Perempuan Untuk Menghasilkan Paras Hormon Oxytoxin Yang Sama. Hormon Inilah Yang Akan Mengeratkan Lagi Perhubungan Antara Ibubapa Dan Anak.

Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.

“Kanak-kanak lelaki memerlukan dua perkara yang cenderung kita lupakan apabila kita hanya fokus pada kebolehan fizikal mereka dan tahap aktiviti mereka yang lebih tinggi: Mereka memerlukan lebih banyak sentuhan dan lebih banyak perbualan.” – Michael Thompson PhD., ‘Raising Cain’.

BACA JUGA :

Dah daftar untuk Affiliate Tiktok belum? Ni cara mudah untuk daftar

Nak Berjaya dalam perniagaan online? 3 tips yang boleh dijadikan panduan

Op Selamat bantu lancarkan lalu lintas, kurangkan kemalangan ketika balik kampung