Ketua Pemuda Pas ajak PH tumbangkan UMNO di Pahang

Ketua Pemuda Pas ajak PH tumbangkan UMNO di Pahang

Ketua Pemuda Pas ajak PH tumbangkan UMNO di Pahang. PAS berpotensi menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika kena cara dan kaedah.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari walaupun menyedari PAS hanya memenangi lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 42 kerusi DUN di Pahang pada PRU lalu.

Barisan Nasional (BN) pula meraih 25 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) sembilan kerusi.

“Dalam PRU akan datang, jika penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya merubah kepemimpinan Pahang, Insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang syer paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang.

“Ambil contoh DUN Pulau Tawar yang mana PAS hanya kalah dengan majoriti 587 undi di tangan UMNO, sedangkan undi yang diperolehi oleh PKR ialah 1,973.

“Pengundi PKR dan PH di kerusi ini perlu berfikir sejenak betapa ruginya undi dibazirkan begitu sahaja dengan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN.

“Jika pengundi mereka beramai-ramai memberikan undi kepada PAS, PAS boleh memenangi DUN Pulau Tawar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, senario itu sebagai contoh sahaja, dan ia berlaku juga di beberapa DUN yang lain, misalnya DUN Tioman yang mana calon PAS mendapat 5,382 undi dan tewas dengan majoriti 1,280 di tangan calon BN/UMNO, sedangkan calon PKR di DUN itu mendapat 3,029 undi.

“Alangkah baiknya jika pengundi PH atau PKR dalam pilihan raya lalu dapat membuat pertimbangan semula dan memberikan undi kepada PAS pada pilihan raya kali ini demi merubah kepemimpinan kerajaan Pahang.

“Insya-Allah, selepas himpunan 20K akhir bulan lalu, jentera PAS Pahang kelihatan semakin bertambah aktif daripada barisan Pemuda, Muslimat, Ulama dan seluruh lapisan jentera bekerja keras demi memastikan PAS berjaya merampas Pahang.

“Jom, bantu Pahang. Jadikan negeri keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.

BACA JUGA :

Penyokong Najib Razak sesat gelar Khalifah Islamiyyah Malaysia

Ini punca mahkamah hanya benar Najib tangguh perbicaraan hanya 1 hari

Gempar !!! Peguam ini dedah taktik Najib Razak tangguh masa ke Penjara Sg Buloh

COMMENTS

Wordpress (5)
  • […] Ketua Pemuda Pas ajak PH tumbangkan UMNO di Pahang […]

  • […] Ketua Pemuda Pas ajak PH tumbangkan UMNO di Pahang […]

  • appeary 5 days

    Many of the pistachio weight loss follow up matters are very shark tank weight loss pills troublesome, but they are being solved slowly overnight cialis delivery Management of oral anticoagulant therapy

  • appeary 2 days

    rifampin decreases levels of miconazole vaginal by increasing metabolism buy stromectol uk Thus, these illnesses can best be conceptualized as genetically influenced disorders of synapses and circuits rather than simply as deficits or excesses in individual neurotransmitters

  • appeary 7 hours

    The level of ERОІ expression affected the effect of fulvestrant as ERО± cells with intrinsically low ERОІ expression exhibited less response to fulvestrant compared to ERО± cells with intrinsically higher ERОІ expression cialis vs viagra Each allele can be distinguished by genomic PCR, in which primers are designed within the rsFlp Rosa ОІgeo cassette across the ОІ geo reporter and the arm of cassette outside of the recognition sites; white B050, gray B048, and black B045 arrows