Perjalanan bersama suami dan anak ke Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini telah menjadi pengalaman yang menakutkan bagi penyanyi Shila Amzah apabila mereka diganggu oleh makhluk halus.
Nurshahila Amir Amzah, 34 tahun, atau lebih dikenali sebagai Shila, menceritakan bahawa insiden mistik itu berlaku semasa mereka menginap di sebuah homestay desa. Pada waktu malam, Shila mendengar bunyi yang menyeramkan.
Bukan itu sahaja, benda halus tersebut turut mencakar dan menggegar pintu homestay, tetapi apabila diperiksa, tiada sesiapa di luar.
“Kami menginap di homestay di Langkawi yang rupanya ada hantu. Terdapat insiden di mana pintu digegarkan dan dicakar oleh makhluk halus itu.
“Suami saya, Ubai, cuba melihat ke luar tingkap untuk menyiasat siapa yang mengganggu kerana pada waktu itu terdapat banyak tetamu lain. Pernah sekali pintu digegarkan tetapi tiada siapa di luar,” ujarnya.
Shila berkongsi pengalaman ini di laman Instagramnya bersama dengan video perjalanan mereka ke Pulau Langkawi dan Perlis.
Shila dan suaminya, Ubai Zulkefli, pergi ke Pulau Langkawi kerana suaminya menyertai satu perlawanan bola sepak di sana.
Shila menambah bahawa suaminya tidak menceritakan kejadian sebenar pada malam tersebut, hanya memberitahu pada keesokkan harinya ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Perlis.
“Ubai hanya tersenyum sinis dan berkata itu mungkin hanya seekor kucing. Barulah keesokan harinya, semasa kami sedang menuju ke Perlis, dia menceritakan kejadian sebenar,” katanya.
Shila berharap pemilik homestay akan lebih peka terhadap keselamatan pengunjung mereka. Beliau menasihati agar mereka lebih prihatin terhadap aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung, terutama dalam hal gangguan mistik.
“Bagi mereka yang memiliki homestay, saya menasihati agar sentiasa membersihkan tempat tersebut. Saya sedang hamil dan mempunyai anak kecil, jadi perkara seperti ini harus diambil serius,” katanya.
Baca Juga : Ini resepsi apa sampai 75 hari nak kena siapkan dekorasinya