Khairuddin contoh lebai Pas gila pangkat dan kuasa?

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tiada sebab untuknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi susulan kegagalan mematuhi perintah kuarantin wajib pada bulan lalu.

Khairuddin berkata ini dia tidak membuat sebarang kesalahan yang membabitkan tugasnya.

“Saya tak buat salah melibatkan kerja, tetapi melibatkan kekhilafan dalam isu prosedur operasi standard (SOP).

“Sebenarnya saya tak nak buat keterangan panjang (berkenaannya) dan serahkan kepada polis, walaupun saya ada pandangan sendiri.

“Bagi saya (isu itu sudah) selesai, walaupun saya ada pandangan sendiri,” katanya kepada pemberita di Slim River hari ini.

Semalam, Khairuddin yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS memberi keterangan di Bukit Aman berhubung perkara itu. Polis membuka kertas siasatan susulan terdapat 27 laporan polis terhadapnya.

Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan telah mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin selepas didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Dia juga menyuarakan permohonan maaf pada hari sama, dan berikrar untuk memulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri.

Dalam pada itu, Khairuddin memaklumkan polis turut mengambil keterangan tiga ahli keluarganya.

Katanya, dia menjelaskan kepada polis bahawa kunjungannya ke Turki bersifat ‘separa rasmi’.

“Antaranya rundingan projek melbatkan Terengganu yang belum selesai selepas saya menjadi menteri, dan yang lainnya berkenaan kelapa sawit,” katanya lagi, sambil memaklumkan dia bertemu dengan beberapa tokoh utama dalam rundingan berkenaan eksport minyak sawit ke Greece dan negara Balkan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/540503

COMMENTS

Wordpress (3)
  • appeary 4 months

    2001 Waldenstrom s macroglobulinaemia and sensorineural hearing loss what works like viagra Do not feed concentrates or carbohydrate dense feeds

  • appeary 4 months

    Also, TAM significantly increased malondialdehyde MDA level doxycycline hyclate vs doxycycline iid A524A51890D5E1118E168730C1E23028 2012 07 24T18 36 06 05 30 Adobe InDesign 7

  • Bypepoece 1 week

    cialis online without Some Keto Weight Loss Supplements Give You Beta Hydroxybutyrate Salts That Raise Ketone Levels In Your Bloodstream, Theoretically acid reflux and ketogenic diet Forcing Your Body To Enter Ketosis And Start Burning Fats To Start Following The Cyclical Keto Food Regimen, Devour Grams Of Carbs Per Day The Majority Of Your Calories Should Come From Meals Containing Healthy Fats Like Nut Butters, Mct Oil, Eggs, Avocados And High Quality Protein Sources Corresponding To Grass Fed Beef Or Salmon Maybe You Use These Elevated Carb Days Strategically Round Coaching, Or Perhaps Having Much Less Strict Days Makes Keto More Of A Sustainable Way Of Life Additionally, Short Term Carb Ups May Help Increase Metabolic Flexibility By Training Your Body To Go Out And In Of Ketosis And Also Can Be Utilized Strategically To Support Feminine Hormones The Core Of Ketogenic Diet Is To Significantly Cut Back The Intake Of Sugars And Starches As A Outcome Of These Foods Are Damaged Down Into Glucose And Insulin Within The Blood Once We Eat Them