Khairul Aming mangamuk dengan netizen di twitter, ini yang jadi. Kewujudan ramai content creator yang menghasilkan video masakan sepanjang bulan Ramadan turut menjadi isu dalam kalangan segelintir netizen.
Ia termasuklah tuduhan ke atas content creator lain, kononnya mereka cuba meniru video-video masakan oleh personaliti masakan popular, KhairulAming.
Kurang senang dengan isu tersebut, KhairulAming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil membuat teguran pada Rabu petang.
“Mulut macam ni la yang rosakkan habis vibe puasa tahun ni. Sebelum ni enjoy buat video puasa, tahun ni habis jadi toxic kat Twitter.
“Semua orang enjoy je buat video masak, sampai la mulut batu api macam ni muncul. Lepas tu habis jadi gaduh semua orang. Please la stop,” ujarnya menerusi Twitter.
Antara video yang dihasilkan KhairulAming sepanjang Ramadan kali ini.
Teguran itu dibuat selepas seorang pelayar Twitter menuduh seorang lagi content creator, Danish Harraz kononnya dia meniru konsep video masakan KhairulAming.
Semakan mStar mendapati individu yang membuat ciapan negatif itu memadamkan kenyataan tersebut dan meletakkan akaun Twitter miliknya dalam mod privasi.
Ia susulan kecaman netizen ke atasnya selepas ciapan itu tular dan meraih perhatian sejak Rabu petang.
Kenapa nak pecah belahkan community yang tak kacau orang. Serious aku tak faham level toxic tahun ni.
KHAIRULAMING
PERSONALITI MASAKAN
Tambah KhairulAming, dia berasa bersalah kerana content creator lain terpaksa berhadapan komen negatif yang mengaitkannya.
“Aku sampai jadi bersalah sebab orang datang serang aku sekali. Padahal aku tak pernah claim, tak pernah mention sesiapa pun.
“Selama ni kita orang yang memasak sama-sama support each other. Sampai la muncul benda toxic batu api macam ni kat Twitter. Facebook pun tak batu api macam ni.
“Tolong la stop. Annoying sangat dah benda ni. Semua orang jadi serabut. Yang geng masak ni buat content ikhlas untuk tolong orang bulan puasa, tak ada pun cari gaduh dengan orang.
“Kenapa nak pecah belahkan community yang tak kacau orang ni. Serious aku tak faham level toxic tahun ni,” ujar KhairulAming lagi.
Jumaat lalu, seorang content creator yang dikenali sebagai Bangman turut meluahkan rasa kesal selepas dia dituduh meniru video masakan KhairulAming.
Ia susulan beberapa ciapan di Twitter yang memperkatakan hal itu sejak Ramadan bermula pada 2 April lalu.
Selain KhairulAming yang menghasilkan video masakan 30 hari 30 resipi sepanjang Ramadan ini, ramai content creator lain turut hadir dengan konsep seakan hampir sama.
mulut macam ni la yang rosakkan habis vibe puasa tahun ni. sebelum ni enjoy buat video puasa, tahun ni habis jadi toxic kat twitter. semua org enjoy je buat video masak, sampai la mulut batu api mcm ni muncul. pastu habis jadi gaduh semua orang. pls la stop https://t.co/PFsFhuDXo9
— Khairulaming (@khairulaming) April 13, 2022
BACA:
Syafiq Kyle geram dengan netizen, “kami bukan budak umur 12 tahun..”
Pengeluaran Khas KWSP : Ini maksud sebenar ‘status diterima’ dan ‘tiada dalam rekod’
Tak sampai pun 24 jam beli Ferrari RM1.38 Juta, dah berkecai..