Desas desus semakin kuat menyatakan Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan bakal disingkirkan dari jawatan yang disandang selama ini.
Namun timbul pula pelbagai persoalan berkenaan dengan pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Dalam beberapa laporan yang diterima, ada beberapa nama yang kuat bagi menggantikan jawatan tertinggi di peringkat negeri di Johor.
Antara nama yang disebut kuat bagi menggantikan Ahli Parlimen Sri Gading itu adalah Naib Pengerusi Amanah negeri itu yang merupakan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.
Selain itu nama yang kuat menjadi sebutan di negeri itu adalah Setiausaha Negeri, Faizul Salleh untuk mengisi jawatan tersebut.
Menurut sumber yang kuat, terdapat cadangan lain yang meminang pemimpin dari peringkat pusat bagi mengetuai Amanah di negeri itu.
Nama yang disebut kuat adalah Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Samad sebagai tokoh yang paling sesuai menggantikan jawatan tersebut.
Menurut sumber berkenaan Khalid Samad dilihat sebagai sosok yang terbaik bagi membawa Amanah Johor dalam menyaingi parti-parti lain di negeri itu.
Kata sumber berkenaan.
“Memang kami menolak kepimpinan Aminolhuda kerana sudah cukup masa bagi beliau menunjukkan ‘belang’ sebagai pemimpin dan kini tiba masa untuk memberi laluan kepada yang lain memimpin parti di Johor.
“Kita tahu ianya keputusan mutlak bagi Presiden tetapi kita di peringkat kawasan-kawasan juga mempunyai hak untuk memberi cadangan nama dan nama yang bagi kami sesuai adalah Khalid Samad.
“Khalid Samad bukan sosok asing dalam politik di negara ini beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia politik.
“Tetapi apa pun hujungnya pihak kami tidak mahu lagi muka lama dikekalkan sebagai barisan kepimpinan tertinggi khususnya Pengerusi Amanah Johor. Ya, ia perlu ditukar dan beri peluang orang baharu terajui negeri ini.
Baca Juga : Noorkhiriah terpaksa minta sumbangan untuk dana teruskan kerja amal urus jenazah