Isu sensasi yang menimpa kumpulan legenda tanahair ini memang kerap mendapat sambutan orang ramai.
Terbaharu kes berkaitan royalti yang membabitkan penyanyi popular kumpulan itu yaitu Amy.
Nasir Search meminta Kid dan Din menghentikan pembohongan dan putar belit. Kerana mereka bukan Search yang sebenar.
Sebaliknya menurut Nasir, Search adalah kumpulan yang dianggotai dia dan Amy pada masa ini.
“Hentikan pembohongan, spin, flip flop orang luar ini.
“Malu kepada jiran tetangga kita seperti Indonesia. Jadi saya rasa, mereka harus tahu menghormati hak orang lain. Ini bukannya hak individu.
“Apa yang mereka lakukan. seolah olah merampas hak orang lain,” tegas Nasir lagi kepada media.
Nasir turut merasakan tindakan Kid dan Din itu telah memecahbelahkan peminat kumpulan legenda tanah air itu.
Nasir menasihati Kin dan Din untuk mencipta identiti sendiri setelah meninggalkan Search.
“Lihat band di luar, mereka bawa band mereka sendiri selepas mereka keluar membawa haluan sendiri serta kekuatan sendiri.
Nasir menegaskan Kid dan Din tidak boleh bertindak ‘hijack’ band Search untuk kepentingan sendiri semata mata.
Amy Search juga turut menyelar tindakan Kid dan Din dengan melabel mereka berdua sebagai perompak.
Amy menagih hak dia dan rakan rakannya yang lain, yang menurut Amy berhak mendapat royalti daripada album terbitan Kid dan Din sebelum ini yang menggunakan nama Search.
Amy menjelaskan bahawa tindakan Kid dan Din adalah merampas hak agli band yang ada dan waris kepada ahli band yang sudah meninggal dunia.
Dalam pada itu, Amy Search menyatakan bahawa mereka ketika ini sedang mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam mereka untuk tindakan perundangan.
Amy dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak halalkan hak royalti yang dirampas oleh Kid dan Din daripadanya.
Baca juga : Ramai murid dalam negara yang buta huruf