Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?

Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?

Abdul Aziz Al Sa’ud ialah Raja Arab Saudi yang pertama. Dia juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya ialah Ibn Saud. Beliau dilahirkan di Riyadh dan berasal daripada Keluarga Diraja Saudi yang memerintah sebahagian daripada Semenanjung Arab.

Ibn Saud

Abdul Aziz Al Sa’ud

Ibn Saudi dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak kepada Abdul Rahman bin Faisal dan Sara binti Ahmad al-Kabir Sudayri. Pada tahun 1890, semasa berusia sepuluh tahun, Ibn Saud mengikut ahli keluarganya diusir keluar ke Kuwait selepas penguasaan tanah keluarganya oleh golongan Rashidi. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Kuwait dalam keadaan tidak berduit dan berharta.

Pada tahun 1901 semasa berusia 22 tahun, Ibn Saud menggantikan ayahandanya, Abdul Rahman bin Faisal sebagai ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd. Beliau kemudiannya memulakan kempen untuk menakluk semula tanah keluarganya daripada golongan Rashidi di mana sekarang merupakan Arab Saudi.

Pada tahun 1902, beliau bersama-sama dengan sekumpulan hamba dan saudaranya berjaya menakluk Riyadh dengan hanya bersama-sama 22 orang dengan membunuh gabenor Rashidi di situ.

Dalam masa dua tahun selepas berjaya menawan Riyadh, Ibn Saud berjaya menguasai separuh daripada Nejd. Bagaimanapun pada tahun 1904, golongan Rashidi meminta bantuan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah untuk mengalahkan golongan Saud (Keluarga Diraja Saudi).

Empayar Uthmaniyah menghantar tentera ke Tanah Arab dan ini menyebabkan kekalahan golongan Saud pada 15 Jun 1904. Tetapi setelah tentera Uthmaniyah berundur kerana masalah tertentu, golongan Saud berjaya mengumpul kembali kekuatannya.

Pada tahun 1912, Ibn Saud berjaya menguasai Nejd dengan bantuan golongan Wahabbi. Semasa Perang Dunia I, Ibn Saud memihak kepada British memandangkan golongan Rashidi merupakan sekutu Empayar Uthmaniyah yang merupakan musuh British. Pada tahun 1922 golongan Saud berjaya menewaskan golongan Rashidi dan ini menamatkan penguasaan golongan Rashidi di Tanah Arab.

Pada tahun 1925, golongan Saud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Shariff Hussein ibn Ali. Pada 10 Januari 1926, Ibn Saud ditabalkan menjadi Raja Hijaz di Masjidil Haram, Makkah.

Pada tahun 1932, setelah menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab daripada musuh-musuhnya, Ibn Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Nejd sebagai Arab Saudi. Beliau kemudiannya menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan pihak British

Petroleum di Arab Saudi ditemui pada tahun 1938, Ibn Saud kemudiannya memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat Barat untuk mencarigali minyak di sana. Segala keuntungan hasil penjualan minyak diberikan kepada keluarga Saud. Keuntungan hasil jualan minyak semakin bertambah menyebabkan Ibnu Saud mula membelanjakan wang itu untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya.

Beliau menggesa puak-puak nomad supaya tinggal secara tetap di sesuatu tempat. Beliau juga memulakan usaha untuk membanteras jenayah terutamanya jenayah di Makkah dan Madinah.

King Salman Abdul Aziz sekarang ni dalam keadaan tenat. Beliau sekarang mempunyai 3 org putera yang bernama Putera Faisal, Mohammed dan Sultan. Dalam hadis fitnah Akhir zaman Nabi ada beritahu tentang 3 org anak raja akan berperang sesama mereka untuk berebut jawatan Raja.

Apakah Cukup Dengan Kita Hanya Memerhati Sahaja? Adakah Nabi Bagitahu Tanda-Tanda Sahaja? Bukankah Nabi Juga Bagitahu Apa Yang Perlu Dilakukan Di Akhir Zaman?

Persoalan Sekarang. Adakah Kita Sendiri Dah Buat, Dah Ikut Yang Nabi Sarankan Di Akhir Zaman? Itulah Kita. Kita Suka Dan Sudah Jadi Tabiat. Kebanyakan Akan Tunggu Benda Dah Jadi Baru Nak Bersungguh Buat.

Surah Al Kahfi : Nabi Saran Baca 10 Ayat Pertama.

Adakah Mengambil Masa Berpuluh Tahun Untuk Ingat 10 Ayat Ni Maka…. Fikir-Fikirkan Lah. Semakin Hari Semakin Dekat.

Apa Lagi Yang Kita Nak Tunggu? Semoga Allah Tidak Menjadikan Kita Semua Golongan Orang-Orang Yang Menunggu. Bagi kawan2 yang tak tahu tentang susur galur waris Pemerintahan DiRaja Arab Saudi boleh refer dekat carta organisasi ini.

Sekarang ni cuba kita cantumkan puzzle hadis-hadis yang lain tentang tanda2 hari kiamat g dah berlaku dekat kota Mekah sekarang ni. Dah makin dekat dah kita nak pergi kearah kemunculan Imam Mahdi.

BACA JUGA :
[VIDEO] Warga emas makan sampah sebagai alas perut kerana terlalu lapar
Kekayaan Bill Gates dan Warren Buffet digabungkan masih tak dapat atasi Elon Musk
[VIDEO] “Saya malu tengok video saya sendiri” – Ebit