Kisah misteri lelaki tertanam 13 tingkat dihempap konkrit menara Umno Pulau Pinang

Kisah misteri lelaki tertanam 13 tingkat dihempap konkrit menara Umno Pulau Pinang

Masihkah anda ingat tentang insiden di Menara Umno Pulau Pinang yang terjadi 8 tahun dulu?

Ribut yang melanda di Pulau Pinang pada 13 Jun 2013 menumbangkan menara di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister. Struktur konkrit yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu jatuh di atas jalan raya dan menghempap beberapa buah kenderaan. Runtuhan itu menyebabkan seorang pemandu lori maut manakala cedera.

Pada 15 Jun 2013, seorang kontraktor datang untuk menyelenggara CCTV yang rosak akibat gangguan bekalan elektrik mendapati bahawa terdapat seorang lagi mangsa akibat runtuhan tersebut.

“Ketika itu saya telah melihat sekali lagi rakaman CCTV secara gerak perlahan dan waktu itu baru saya sedar terdapat sebuah konkrit terjatuh di atas sebuah kereta dan bukannya gangguan imej seperti yang saya sangka pada awalnya,”

Rakaman daripada CCTV tersebut.

Lim Chin Aik, 44 tahun sedang memandu untuk mengambil anaknya dari sekolah ketika kejadian tersebut berlaku. Kenderaan yang dipandu Lim Chin Aik telah tertimbus sedalam 13 tingkat.

Kerja-kerja menyelamatkan telah diberhentikan selepas 4 hari kerana bimbang akan merosakkan persekitaran.

@grey__cloud Reply to @ren_fubuki ♬ original sound – Grey__Cloud

Simulasi dari kejadian tersebut. Sumber TikTok: @grey___cloud

Hanya sebahagian dari kenderaan dijumpai dan mayat Lim Chin Aik tidak pernah dijumpai sehingga sekarang…

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )