Kita banyak buat saman tapi satu pun tak da kesan’, keluarga Adib tak mahu dah fikir pasal Tommy

Kita banyak buat saman tapi satu pun tak da kesan’, keluarga Adib tak mahu dah fikir pasal Tommy.”Dia individu yang bekerja dalam bidang profesional, tidak sepatutnya dimaafkan begitu saja, namun saya tidak mahu pening kepala lagi fikir pasal dia,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 66.

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib itu berkata, keputusan menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah dibuat kerana keluarganya enggan memikirkan lagi soal itu yang sudah berpanjangan hampir empat tahun.

Katanya, apa yang dilakukan keluarganya selama ini berhubung permohonan berkenaan seolah-olah tidak memberi kesan langsung terhadap Tommy.

“Kita banyak buat saman itu dan ini, tapi satu pun tidak ada bekas atau kesan untuk dia (Tommy), jika ada kesan tahun pertama dan kedua tentu sudah ada sesuatu untuk sabit kesalahannya.

“Tommy ini masalah sampingan keluarga kami, kalau diikutkan kita nak hukum (ambil tindakan) terhadap dia kerana bahasa dia kurang memuaskan. Namun memandangkan sudah beberapa tahun masih tidak ada kesan, maka pihak peguam bertanya pendapat saya, jadi saya beritahu keluarga sudah tidak berminat teruskan selepas sudah banyak usaha dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kita banyak buat saman tapi satu pun tak da kesan', keluarga Adib tak mahu dah fikir pasal Tommy

Bapa kepada empat anak itu berkata, keluarganya reda mengenai perkara itu, namun tetap berharap nasib Muhammad Adib akan terbela juga suatu hari nanti termasuk penjenayah yang menyebabkan kematiannya perlu mendapat hukuman setimpal.

“Itu matlamat keluarga kami, kes dengan Tommy adalah sampingan, kami mahu penjenayah itu ditangkap dan diberi hukuman setimpal,” tegasnya.

Terdahulu, dalam kenyataan media Firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib memaklumkan, keluarga itu menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan Tommy atas tuduhan menghina mahkamah

Katanya, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara berkenaan.

Susulan daripada arahan itu, peguam memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu, diikuti Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy memfailkan penarikan rayuan semalam.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

BACA:

Lelaki ni ‘bercerita’ dengan ikan, ramai yang berdekah ketawa

Bina rumah guna bata merah memang terbaik, kontraktor ini jelaskan apa sebabnya

Ini bantuan bulanan RM1200 untuk belia yang ramai tak tahu, mohon segera!