KONFLIK: BAM Buat ‘U-Turn’ Lepas Misbun Sidek Buat Pendedahan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat ‘pusingan u’ apabila kembali menawarkan Datuk Misbun Sidek

Untuk menggalas tugas selaku pengarah pembangunan remaja negara sehingga kontrak asalnya tamat pada hujung tahun ini.

Sebelum ini, Misbun, 63, meluahkan rasa terkilannya selepas mendakwa ditamatkan kontrak lebih awal oleh BAM susulan kegagalan skuad remaja negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, bulan lalu.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Misbun dan memohon maaf kepada jurulatih itu sambil menjelaskan wujud masalah komunikasi antara kedua-dua pihak yang menjurus kepada kemelut yang melanda ketika ini.

Disebabkan itu, katanya, pihaknya menawarkan kembali jawatan Misbun dan jika beliau tidak berminat, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Datuk V.Subramaniam sedia untuk bertemunya bagi menyelesaikan kemelut berkenaan agar tiada pihak yang berasa teraniaya.

Upset Misbun says 'no mutual agreement' to part ways with BAM | Malay Mail

“Saya yang putuskan perkara ini dan ia mungkin mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli majlis tetapi sebagai presiden saya sentiasa mendengar sentimen dari peringkat bawahan dan perlu bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini diselesaikan secara baik.

“Tiada guna kita berbalah, bagi kami ia adalah disebabkan masalah komunikasi. Jika beliau terkilan kerana masalah komunikasi ini, saya minta maaf, bagi pihak saya dan BAM.

“Bagi saya kita semua adalah satu keluarga yang besar, tidak ada gunanya semua perbalahan ini,” kata Norza ketika sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Jika Misbun menerima tawaran berkenaan, tugasan penting buat dirinya adalah bagi mempersiapkan barisan pemain perseorangan remaja negara bagi menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Amerika Syarikat, bulan depan.

Baca Selanjutnya :