Konon mahu senam robik di Terengganu, rupanya wanita ini ke Kelantan berduaan dengan duda di hotel.
Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang warga emas bergelar duda di sebuah hotel bajet di sini semalam.
Wanita yang berusia 56 tahun dan duda 65 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada pukul 11.30 malam.
Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, pasangan itu berasal dari Selangor dan mereka bersama-sama menaiki bas ke Kota Bharu.
Menurutnya, duda tersebut dipercayai datang ke sini untuk membeli emas di sini manakala wanita itu pula mendakwa dia mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu selepas berada di Kelantan.
“Kita telah menahan mereka selepas didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik di hotel terbabit.
“Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan bon jamin dan diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
BACA:
Afdlin Shauki benarkan anak perempuan lakon babak merokok, ini sebabnya
Malaysia jadi bahan ‘kutukan’ penunggang motosikal luar negara, gagal baiki jalan
Guru bersara diminta pulangkan gaji selama 2 tahun, rupanya ini yang jadi