Kota Kinabalu, 9 lokasi pencinta hiking wajib tahu. Senarai dan maklumat penting lokasi hiking di Kota Kinabalu, Sabah.
Kandungan
1. Bukit Kopungit
2. Bukit Botak/Gundul Sepanggar
3. Bukit Janggut
4. Signal Hill
5. Bukit Padang
6. Bukit Helang
7. Bukit Merah, Karambunai
8. Bukit Tuah
9. Bukit Bebatuan Gentisan, Sepanggar
Ingin mendaki sambil menikmati pemandangan persekitaran yang menarik? Kami kongsikan tempat hiking di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang mungkin boleh anda pergi.
Peminat aktiviti lasak “hiking”, berikut merupakan tempat hiking menarik di Kota Kinabalu.
1. Bukit Kopungit
Bukit Kopungit merupakan antara pilihan utama orang ramai untuk didaki, mungkin disebabkan lokasinya yang strategik dan dekat dengan pusat bandaraya.
Selain itu jarak pendakian juga tidak begitu jauh, dan pemandangan yang indah serta memukau jikalau pendakian pada waktu petang.
Maklumat penting:
Lokasi: Bukit Kopungit
Facebook Page: Bukit Kopungit
2. Bukit Botak/Gundul Sepanggar
Bosan mendaki Bukit Kopungit? Bagaimana jika anda tukar selera pula? Mungkin anda boleh mencuba mendaki Bukit Botak. Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Bonduk!
Bukit yang tidak kurang hebatnya dari segi pemandangan menarik di puncak bukit. Bukit yang hanya ditumbuhi oleh rumput dan sedikit landai ini memang sesuai didaki bersama anak-anak!
Maklumat penting:
Lokasi: Bukit Botak
Facebook Page: Bukit Botak@Gundul
3. Bukit Janggut
Bukit Janggut merupakan lokasi “hiking” yang juga terletak di Sepaggar, Kota Kinabalu Sabah. Tempat hiking yang sentiasa dijaga rapi, bersih dan menarik!
Anda berpeluang melihat Gunung Kinabalu daripada puncak bukit ini.
Maklumat penting:
Lokasi: Bukit Janggut
Facebook Page: Bukit Janggut, Sepanggar
4. Signal Hill
Terletak di pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Berjalan kaki daripada Padang Bandaran Kota Kinabalu ke Signal Hill mungkin idea yang bagus untuk senaman ringan.
Di Signal Hill, anda boleh melihat hampir keseluruhan landskap Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda menginap di Bandaraya Kota Kinabalu, jom luangkan waktu petang anda ke sini.
Maklumat penting:
Lokasi: Signal Hill
Facebook Page: Signal Hill Tower
Laman web: sabahtourism.com
5. Bukit Padang
Tempat pendakian yang seronok bersama keluarga! Bukit Padang merupakan lokasi yang sentiasa dikunjungi orang ramai untuk aktiviti hiking!
Tidak hairanlah mengapa tempat ini sentiasa meriah terutamanya pada waktu petang. Perjalanan hiking yang tidak begitu memenatkan dan gerai-gerai makanan dan keperluan asas di kawasan tempat letak kereta mungkin salah satu sebab tempat ini paling digemari di Kota Kinabalu, Sabah.
Maklumat penting:
Lokasi: Bukit Padang
Facebook Page: Taman Tun Fuad, Bukit Padang
6. Bukit Helang
Tempat hiking yang baharu dibuka pada tahun 2019. Secara keseluruhannya, perjalanan menuju ke puncak tidak begitu curam dan sesuai untuk mendaki bersama keluarga.
Bukit yang mengadap laut dan semestinya pemandangan yang agak mengagumkan. Terdapat 2 puncak bukit. Anda boleh ke puncak seterusnya melalui trek yang tersedia.
Maklumat penting:
Lokasi: Bukit Helang
Facebook Page: Bukit Helang, Kg. Kebagu
7. Bukit Merah, Karambunai
Trek yang agak mencabar untuk sampai ke puncak Bukit Merah. Anda disarankan untuk tidak melakukan pendakian pada musim hujan kerana keadaan jalan yang agak licin.
Pengunjung diingatkan untuk berhati-hati jika membawa anak mendaki di tempat ini disebabkan sesetengah jalan yang agak curam.
Pelantar disediakan untuk pengunjung di puncak bukit supaya dapat mengambil gambar kenangan terbaik! Apapun, hanya 3 orang sahaja berada di pelantar dalam satu-satu masa.
Maklumat penting:
Lokasi: Bukit Merah
Facebook Page: Bukit Merah, Karambunai
8. Bukit Tuah
Terletak di Kg Selembangun, Jalan UMS 1Borneo juga merupakan antara lokasi hiking yang agak popular di sekitar Kota Kinabalu.
Pastinya tempat ini menjanjikan pemandangan yang mempersona terutamanya pada waktu petang.
Informasi penting:
Laman Facebook: Bukit Tuah
Hubungi: 016-552 9326
Lokasi: Bukit Tuah
9. Bukit Bebatuan Gentisan, Sepanggar
Juga merupakan lokasi hiking menarik dan berbaloi anda cuba! Menjanjikan panorama senja puncak bukit yang memukau! Sila rujuk maklumat berikut untuk panduan lokasi!
Informasi penting:
Laman Facebook: Bukit Bebatuan Gentisan
Lokasi: Bukit Gentisan Sepanggar
BACA JUGA:
Agar-agar gula merah, peminat dessert sejuk manis wajib simpan resepi ni
Tular video kanak-kanak dibaham buaya, Ebit Lew ziarah bapa sumbangkan bot dan enjin
10 intipati pindaan Akta Kerja 1955, antaranya cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu