KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR tarikh gaji 2021 tarikh bayaran pencen 2021 tarikh gaji penjawat awam 2021tarikh puasa 2021 tarikh bayaran bkc tarikh bayaran bpr tarikh raya 2021 tarikh pembayaran bpn 2.0[/bg_collapse]

 

Setelah tamat sesi persekolahan 2021/2022 pada Februari 2022 lepas, tidak lama lagi murid-murid akan memasuki sesi persekolahan baru.

Sesi persekolahan kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini akibat daripada pelbagai kekangan yang berlaku di negara kira.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mencari penyelesaian agar pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.

KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah seluruh negara akan bermula pada Mac 2022.

Namun ada murid yang terus mula belajar secara bersemuka mengikut penggiliran dan ada yang perlu menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jadual penggiliran dan PdPR mengikuti tahap sekolah seperti yang ditetapkan oleh KPM.

TARIKH BUKA SEKOLAH SESI 2022/2023

Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi SEMUA SEKOLAH seluruh Malaysia akan bermula pada:

Tarikh buka sekolah sesi 2022/2023: Mulai 21 Mac 2022
Walaubagaimanapun, jadual kemasukan pelajar ke sekolah secara penggiliran ataupun PdPR adalah mengikut ketetapan KPM.

JADUAL PENGGILIRAN MURID & MURID TERLIBAT PDPR

Sekolah Rendah (Lebih 600 Murid)
Murid yang perlu hadir secara BERSEMUKA TANPA PENGGILIRAN:

  • Murid berkepeluan khas (MBK) di SK Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), prasekolah
  • Tahun 1
  • Tahun 2
  • Tahun 6
  • Murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Murid yang perlu hadir SECARA PENGGILIRAN:

  • Tahun 3
  • Tahun 4
  • Tahun 5

KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

Sekolah Rendah (Kurang 600 Murid)
Murid yang perlu hadir secara BERSEMUKA TANPA PENGGILIRAN:

  • Semua murid sekolah harian
  • Sekolah rendah swasta
  • Termasuk sekolah ekspatriat
  • Sekolah antarabangsa

Sekolah Menengah
SEMUA murid sekolah menengah menjalani:

  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): 2 minggu mulai 21 Mac 2022
  • Hadir secara bersemuka tanpa penggiliran: Mulai pada 4 April 2022

Semua ketetapan ini terpakai kepada murid sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah menengah KPM.

KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

Sekolah Berasrama Penuh

Menjalani PdPR untuk tempoh 2 MINGGU mulai 21 Mac 2022 & BERSEMUKA tanpa penggiliran mulai 4 April 2022:

  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
  • Tingkatan 6
  • Prauniversiti
  • International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)
  • Kelas peperiksaan antarabangsa yang setara di sekolah berasrama sepenuhnya

Bagi murid TINGKATAN 1 yang BERJAYA memasuki sekolah berasrama penuh:

  • Pendaftaran secara online
  • Murid terlibat boleh milih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan

Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

Pengoperasian KV bagi murid Sijil Vokasional Malaysia (SVM) serta Diploma Vokasional Malaysia (DVM):

  • Diteruskan secara bersemuka tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik yang ditetapkan
    KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

Bagi pengoperasian kolej matrikulasi (KM):

  • Murid dibenarkan pulang pada cuti pertengahan semester dan cuti perayaan serta kembali semula ke kolej secara berperingkat

Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula:

  • Semua program pengajian secara bersemuka adalah mengikut kalendar akademik yang sedang berkuatkuasa
    KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR tarikh gaji 2021 tarikh bayaran pencen 2021 tarikh gaji penjawat awam 2021tarikh puasa 2021 tarikh bayaran bkc tarikh bayaran bpr tarikh raya 2021 tarikh pembayaran bpn 2.0
PAKAIAN SERAGAM DAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam sekolah. Walau bagaimanapun, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan jika pakaian seragam sekolah sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.

Sekiranya ibu bapa/ penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Namun ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

KPM umum tarikh rasmi buka sekolah sesi 2022/23 dan senarai murid terlibat PDPR

Baca:

Akak Thailand ni gigih jadi ‘translator’ rungkai kes Tangmo selepas netizen Malaysia minta

Lelaki menangis hanya terima gaji RM127 je bulan ni, puas merayu dekat bos

Ruhainies dilihat ‘over’ buat adegan ‘dewasa’ dengan pelakon lelaki