“Kritik orang nyanyi bukan main pedas, diri sendiri punya show biasa je..” – Netizen. Selama dua tahun dalam situasi tertutup, Anugerah Juara Lagu AJL Ke 36 kembali dimeriahkan kehadiran penonton dalam acara muzik berprestij yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia WTC Ahad ini.
Meskipun kehadiran penonton hanya terhad kepada 200 tetamu, namun, situasi malam kemuncak AJL 36 berbeza dan menjadi pembakar semangat kepada 12 finalis yang bertanding.
Pun begitu, soal kes.elamatan dan kesi.hatan masih menjadi agenda utama pasukan produksi AJL 36 apabila melaksanakan penetapan prosedur o.perasi standard SOP yang sangat ketat dengan peningkatan k.es positif COVID-19 yang menular, sejak akhir-akhir ini.
Memperincikan perkara itu, Pengurus Projek AJL 36, Russell Mark Rodrigues memberitahu, SOP diberi penekanan utama membabitkan ujian saringan. “Produksi memandang serius penjagaan kes.ihatan dan kesela.matan finalis dan pasukan yang terbabit dalam AJL 36. Antara, penekanan membabitkan ujian saringan.
“Untuk petugas produksi, mereka perlu menjalani dua kali ujian R.apid Test Kit RTK iaitu latihan membabitkan sesi raptai, manakala satu lagi untuk petugas malam kemuncak.
“Selain ujian RTK, mereka perlu melakukan ujian saringan kendiri setiap hari hinggalah Ahad. Setiap hari, mereka akan diberi gelang berlainan warna bagi menandakan ne.gatif dan boleh menjalankan tugas.
“Untuk tetamu termasuk kelab peminat dan media, mereka perlu membuat ujian RTK dan slip keputusan perlu ditunjukkan kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan,” katanya dalam satu temu bual yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, kelmarin.
Bagi memastikan penganjuran malam kemuncak AJL 36 berjalan lancar, Russell berkata, pihak pengurusan finalis diingatkan bersedia dengan pelan sokongan sebagai persiapan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
“Kami sentiasa mengingatkan finalis dan pasukan agar menjaga diri dan patuh pada SOP, terutama ketika menjelang malam kemuncak. Kalau boleh, kami mahu finalis beraksi atas pentas tanpa perlu penyanyi gantian.
“Namun, persediaan lain perlu ada. Kami meminta finalis menyediakan pelan sokongan seperti penyanyi gantian jika artis tidak dapat menyanyi pada malam kemuncak.
“Selain itu, kami juga mengehadkan bilangan mereka yang berada atas pentas. Tahun ini, hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada atas pentas dalam satu masa.
“Berbanding tahun lalu, kami merasakan jumlah ini memadai dan boleh merangkumi penari dan kumpulan koir, yakni cukup untuk menjadikan persembahan finalis mantap dan menghiburkan,” katanya. Bertemakan Ini Rentak Kita, Russell menjelaskan, tema bersesuaian dengan kepelbagaian genre lagu yang dipertandingkan pada malam kemuncak.
“Berbanding AJL sebelum ini yang banyak mempertaruhkan lagu berentak balada, kali ini ada pelbagai variasi lagu. Justeru, tema dipilih sebagai terjemahan kepada genre lagu dipertandingkan.
“Konsep malam kemuncak lebih kepada semarak warna dan mempunyai sentuhan g.litchy dan cyber punk. Oleh itu, kami banyak bermain dengan warna ungu yang menjadi aliran terkini.
“Bagi menyuntik elemen kelainan, kami melengkapkan keseluruhan pentas dengan paparan diod pemancar cahaya, termasuk sekeliling dewan yang mampu membentuk imej tiga dimensi.
“Disebabkan itu, kami meminta finalis meminimumkan penggunaan props kerana konsep pentas yang disediakan mampu memberi nilai tambah dan faktor wow dalam persembahan,” jelasnya. Mengenai cabaran dihadapi produksi, Russell berkata, untuk edisi kali ini, mereka berdepan kesukaran mencari konsep persembahan bagi segmen pembukaan dan interlude.
“Sepanjang 36 tahun AJL dianjurkan, pelbagai jenis persembahan bagi segmen pembukaan dan interlude sudah disajikan hingga produksi hampir ketandusan idea.
“Lebih tiga minggu kami berbincang mendapatkan konsep sesuai. Paling penting, idea segar dan mampu memberi kepuasan kepada penonton,” ujarnya.
Ramai Komen Mas Idayu Seperti Membaca Lirik
Antara Reaksi Orang Ramai
Opening lagu lemah. Jd juri bkn mai ha.ntam org. Time dia. Lagu Selamat tekak. Contohi la jamal abdillah tu. Tu baru betul legend. Nmpk mami mcm x happy.. ada benda x kena tuhh.
Maaf lh nk ckp sikit je..kak mas hidayu suare kak mas x sumbang sedap pun x.tpi knpe ek kak mas ble jadi juri pastu kalau komen org pedas sgt2 klu x tahan komen kak mas tu bleh nagis x berlagu terus.
Untuk penganjuran AJL 36, seramai 400 orang petugas produksi termasuk kontraktor dengan pelbagai tugasan kerja.
AJL 36 bakal dihoskan Nabila Huda dan Alif Satar, manakala Sissy Imann serta Sean Lee mengendalikan segmen permaidani merah. Malam kemuncak AJL36 menyatukan 12 lagu daripada genre muzik berbeza menerusi gabungan rentak.
Pemenang hadiah utama, Juara Lagu akan membawa pulang wang tunai RM 100,000 dan trofi, manakala naib juara RM 50,000 serta trofi.
Baca:
Tengku Zafrul akhirnya jawab tuduhan Leissner kaitkan namanya dengan TIA
Sotong Frozen dibuat daripada dubur babi jadi perdebatan hangat rakyat Malaysia
Musnah dibedil Rusia, pesawat terbesar dunia tidak dapat dibaiki lagi