Kubur paling besar! Ingat rumah orang

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah tempat yang terlihat seperti kawasan perumahan di Indonesia tetapi sebenarnya ia adalah kawasan perkuburan.

Menerusi video tersebut, kubur-kubur dibina menyerupai rumah sebenar dan mempunyai pelbagai reka bentuk seperti rumah banglo dua tingkat dan dilengkapi dengan tangga di bahagian tepi.

Difahamkan ini adalah kawasan perkuburan elit disebabkan itu binaan kubur menyerupai rumah. Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia.

Kubur paling besar! Ingat rumah orang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia berseloroh mungkin kubur terbabit turut dilengkapi dengan TV dan juga perabot.

@badar1015 Komplek rumah ❌ kuburan elit ✅ #palopo #kuburan ♬ suara asli – Yurika naura

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa pelik apabila perkuburan dibina seperti rumah. Setakat artikel ini ditulis, video itu telah meraih sehingga 14.5M views, 628.2K likes dan 20K shares.

 

Baca juga: Orang Malaysia jadi negara ke-4 paling banyak buang masa hadap traffic jam