KULAT halus berwarna putih sering kali muncul di dalam rumah kerana pengudaraan kurang baik.
Tahukah anda, spora halus kulat ini sekiranya disedut masuk ke dalam paru-paru boleh menyebabkan iritasi dan radang pada saluran pernafasan.
Jangan risau, melalui posting dibuat Rahmah Rahman di laman Facebook, ada dikongsikan tip untuk mencegah pembentukan kulat di dalam rumah.
Kaedah:
1) Pastikan tingkap bilik dibuka setiap hari supaya ada cahaya matahari masuk. Pintu bilik pun perlu dibuka luas setiap hari agar ada pengudaraan yang bergerak.
2) Pasang penapis udara, ini sangat membantu.
3) Kurangkan perabot di dalam bilik.
4) Pastikan tuala basah tidak dibiarkan bergantungan di dalam bilik.
5) Letak arang bersaiz besar di bawah katil atau atas almari. Fungsinya untuk menyerap bau busuk dan kelembapan. Seminggu sekali, jemurkan arang ini di tempat panas dan letak semula dalam bilik.
6) Almari yang ada kulapuk boleh dibersihkan dengan sabun pencuci pembasmi kuman, banyak dijual di kedai. Selain itu, elakkan juga guna perabot yang berwarna gelap.
7) Letak bahan penyahlembapan (dehumidifier) seperti Blue Hyppo di dalam almari.
8) Boleh juga guna bancuhan cuka berserta air dan lap pada tempat yang tumbuh kulat. Lakukan sebulan sekali.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Dari miskin tegar hingga jadi T20, “terima kasih kerajaan perkenalkan IPR”