Kus semangat! Buaya besar-besar bas muncul di sungai Lembah Klang

Penemuan haiwan liar di tempat yang tidak sepatutnya sudah pasti akan menimbulkan kegusaran penduduk setempat Lagi-lagi kalau haiwan liar itu sejenis pemangsa seperti ular atau buaya.

Terkini, tular sebuah video di mana seekor buaya telah ditemui sedang ‘berehat’ di sebuah sungai di Subang Jaya.

Lebih memeranjatkan, lokasi buaya itu ditemui adalah berhampiran dengan kawasan perindustrian yang menempatkan banyak kilang-kilang. Video buaya itu telah di muat naik oleh Discover Subang Jaya di Facebook dan korang boleh tengok di bawah.

Kus semangat! Buaya besar-besar bas muncul di sungai Lembah Klang

Rata-rata netizen terkejut dengan kehadiran buaya di kawasan itu. Mana tidaknya, kawasan itu adalah kawasan perindustrian dan adalah tidak sesuai untuk haiwan pemangsa berada di situ. Selain bingung, penduduk cuba meluahkan kegusaran mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini melibatkan buaya itu.

Betul. Penduduk dekat kawasan tu boleh buat laporan kepada pihak berkuasa. Mungkin boleh telefon bomba atau Jabatan Perhilitan untuk pindahkan buaya tu ke tempat yang sepatutnya.

Harap pihak berkuasa tempatan ambil maklum akan perkara ini dengan segera. Risau juga keselamatan pekerja yang menguruskan sungai ini kan. Buaya tu, kalau biawak boleh bawak bincang lagi.

Boleh jadi juga. Min ingat lagi ada buaya tersesat sampai dekat area IOI Puchong tu. Sungai yang sama lah tu menghubungkan Puchong dan USJ.

Baca: Pengasuh terima bonus lebih sebab jaga anak cikgu